SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca.

Wassalam.

Wallahu'alam.

Gem's Lover

Friday, November 16, 2007

MENYANAI BATU PERMATA

Imam Al-Ghazali RA menukilkan dalam kitabnya Asrar Khalqi Makhluq dalam bab RAHSIA DICIPTAKAN API

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Maka terangkanlah kepada-Ku tentang api yang kau nyalakan (dari gesek-gesekan kayu). Kamukah yang menjadikan pohon kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya? Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir di padang pasir. Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Maha Besar” (Surah al-Waqi’ah: 71-74)………………..m/s 32

Dan nukil beliau lagi

Antara manfaatnya adalah untuk memasak makanan dan minuman, yang seandainya tanpa api, maka makanan dan minuman tidak boleh dimasak dan tidak boleh diadunkan dengan baik. Malahan boleh jadi pencernaan makanan tidak menyihatkan. Kerana itu perhatikanlah pengaturan Pencipta Yang Maha Suci dalam hal yang penting ini. Kemudian perhatikan pula keperluan manusia kepada emas, perak, tembaga, besi, timah dan lain-lainnya. Seandainya tidak ada api, maka benda-benda tersebut tidak ada manfaatnya. Tembaga misalnya, ia dapat dicairkan dengan menggunakan api, kemudian dapat dibuat pelbagai jenis bekas dan lainnya. Allah SWT telah memberikan peringatan berkaitan benda-benda tersebut, bahawa ia merupakan kenikmatan yang wajib disyukuri. Dalam hal ini Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:

“Bekerjalah wahai keluarga Daud, untuk bersyukur (kepada Allah)” (Surah Saba’: 13)

Dengan api juga besi boleh dilembutkan. Kemudian umat manusia boleh membuat pelbagai kemanfaatn dan peralatan-peralatan untuk perang, seperti baju besi, pedang dan sebagainya. Dalam hal ini Allah SWT telah mengingatkan dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia” (Surah al-Hadid: 25)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Untuk memelihara kamu dalam peperangan kamu, maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)” (Surah al-Anbiya’: 80)

Dengan besi dapat dibuat pelbagai peralatan untuk membajak, mengetam padi, alat-alat untuk memalu, alat-alat untuk menembus dan menebuk gunung, alat-alat untuk tukang kayu, dan sebagainya yang cukup banyak jumlahnya. Seandainya tidak ada peraturan Allah SWT dengan menciptakan api, sudah tentu kemanfaatan-kemanfaatn tersebut tidak boleh dicapai. Seandainya tidak ada api, maka emas dan perak tidak dapat dijadikan mata wang, tidak boleh dibuat perhiasan, dan tidak ada manfaatnya. Permata itu semua hanya akan dianggap termasuk dalam kelompok tanah liat dan debu.………………m/s 33-34

dALAM HAL MENYANAI BATU PERMATA....
Jika batu asli, maka
1. Agak lembut
2. Mengeluarkan percikkan api

Jika batu buatan, maka
1. Agak keras
2. Tidak mengeluarkan percikkan api

Apabila ditanya kepada para penjual batu permata atau pembuat cincin, “Siapakah orang yang pakar dalam mengetahui keaslian batu-batu permata, sama ada buatan atau asli?” jawab mereka, “Para penyanai batu permata”

wALLAHU'ALAM.

Wednesday, November 14, 2007

PENETAPAN HARGA

ASAS
1. Penjual & Pembeli
2. Barang & Harga
3. Aqad *persetujuan*

FAKTOR HARGA
1. Kualiti
Kecantikkan
Semakin cantik maka semakin mahal
Kekerasan
Semakin keras maka semakin mahal
Ketahanan
Semakin tahan maka semakin mahal
Warna
Semakin tua warna semakin mahal
Kelutsinaran (opaque & transparency)
Semakin lutsinar maka semakin mahal
2. Kejarangan (rarity)
Semakin jarang maka semakin mahal
3. Permintaan
Semakin tinggi permintaan maka semakin mahal
4. Bekalan
Semakin kurang bekalan maka semakin mahal
5. Saiz & Berat
Semakin besar saiz & tinggi berat maka semakin mahal
6. Ketuaan
Semakin tua (lama) maka semakin mahal
7. Nilai sejarah
Jika mempunyai nilai sejarah tertentu maka semakin mahal
8. Kos Perjalanan & Modal
Semakin tinggi kos perjalanan & modal maka semakin mahal
9. Kepayahan
Semakin payah/sulit untuk diperolehi maka semakin mahal

TAMBAHAN:
Namun, persetujuan jual-beli dengan harga sekian-sekian adalah terpulang kepada budibicara penjual dan pembeli itu sendiri. Penjual berhak meletak harganya yang tersendiri, dan pembeli mempunyai pilihan untuk tidak membelinya. Kekadang nilai sesuatu barang tersebut adalah subjektif,.. mempunyai nilai sejarah dan nilai sentimental bagi seseorang. Moral dan etika menjadi pertimbangan, akhlak menjadi pegangan. Ilmu taksir digunapakai, bagi seorang penjual sebagai contoh "kalau aku yang menjadi pembeli, apa pendapatku tentang harga ini...cara sebegini". Penjual tidak wajib untuk memberitahu harga modalnya walaupun didesak kerana itu termasuk dalam hal hak rahsia peniaga. Tidak boleh (= haram) peniaga memberitahu harga modal yang salah (menipu) untuk menunjukkan harga modal barangnya 'mahal' supaya barangnya dapat dijual dengan harga yang mahal. Terpulang kepada peniaga untuk memberitahu harga modalnya dan keuntungan yang diambil, namun hendaklah tidak memudharatkan peniaga lain. Antara peniaga dan pembeli adalah saling memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Pada waktu lain penjual menjadi pembeli dan sebaliknya. Wallahu'alam.

Tuesday, November 13, 2007

BATU PERMATA

Batu Permata atau “Batu di mata” atau “batu pada pandangan mata" atau “batu yang menarik pandangan mata bertumpu ke arahnya” mempunyai makna yang sama. Batu-batu permata mempunyai nilai aesthetical (seni kecantikan) dan healing (perubatan) yang tersendiri.

Monday, November 12, 2007

RINGKASAN INFO BATU PERMATA

Sila Baca Dengan Teliti Setiap Artikel Dan Fahami Maksudnya Yang Sebenar.
Kefahaman-USAHA-Amalan-Keyakinan-Doa-Tawakal, Bi Iznillah.

Secara asasnya, batu permata diminati, diterokai & dihargai sejak zaman-berzaman di seluruh dunia disebabkan oleh1. Kecantikkannya (Beauty)
2. Kejarangannya(Rarity)
3. Ketahanannya (Durability)

Selain itu, ada yang meminati, menerokai, memiliki serta menghargainya bersebab dari1. Khasiat semulajadi Allah jadikan
2. Pecaya kepada konsep tuah/Feng Sui/Sastra Vasthu
3. Keunikkan corak semulajadi yang terbentuk pada batu permata sama ada berupa hurufiah, kalimah, nombor, garisan, pusaran dsb
4. Keunikkan warna-warna semulajadi batu permata

Yang berdasarkan, antaranya kepada
1. Sejarah dahulukala, i.e., Nabi dan Rasul, ulama-ulama, pemimpin-pemimpin tertentu dsb
2. Bukti-bukti yang telah nyata, serta disepakati ramai sejak zaman-berzaman..
3. Agama dan kepecayaan yang dianuti
4. Tahap ilmu, kefahaman, logik akal, pertimbangan dan keyakinan setiap individu atau komuniti tertentu
5. Kajian sains seperti kesan gelombang, cas negative-positif, aura badan & batu dsb

Batu Permata terbahagi kepada 2 dari segi komposisinya
1. Mineral
2. Organic (**Pearl/Lu’lu’/Mutiara/Mukta **Amber/Kahraman/Mestika/Alman/Futuran **Coral/ Marjan/Vidruma )

Ianya juga terbahagi kepada 2 dari segi nilai/harganya § Precious (ada 8 jenis)
§ Semi-Precious (ada lebih 70 jenis)

Nilai atau harganya pula berkait secara langsung dengan kejarangan (rarity) 1. Saiz atau beratnya (size and weight)
· Batu dalam saiz yang besar amat jarang dijumpai, selain nilainya per carat akan semakin tinggi
2. Warna dan kejelasannya (color and clarity)
· Warna yang lebih tua jarang diperolehi, berbanding dengan warna yang muda
· Colorless diamond lebih jarang didapati berbanding yellow diamond atau brown diamond
3. Bekalan dan permintaan (supply and demand)
· Sumber batu permata biasanya diperolehi dari tempat kemuncak kesusahan (climaks of hostile and unstable); seperti jarak yang jauh, bentuk mukabumi yang mencabar, politik-sosio ekonomi yaang tidak stabil. Bila bekalan berkurangan, maka ianya semakin susah didapati di pasaran.
4. Corak
· Corak yang unik jarang dijumpai lebih tinggi permintaannya, berbanding corak yang biasa dan banyak didapati

Selain itu, nilai atau harganya juga bergantung kepada 1. Bahan pengikat batu permata
· Emas
· Perak
· Suasa
· Campuran Perak dan Suasa
2. Jenis dan bentuk ikatan
· Kosong/Biasa
· Corak Bunga Berkilat/Tebuk
· Lilit berlian (synthetic/original)

Batu Permata yang diklasifikasi sebagai PRECIOUS adalah seperti berikut1. Alexandrite
2. Diamond/Berlian/Vajra
3. Emerald/Zamrud/Marakata
4. Ruby/Delima/Yakut/Manika
5. Sapphire/Nilam/Nila
6. Spinel
7. Tanzanite
8. Tsavorite

Batu Permata yang diklasifikasikan sebagai SEMI-PRECIOUS adalah seperti berikut
1. Agate/’Aqiq
2. Amazonite
3. Amber/Kahraman/Mestika/Alman/Futuran
4. Amethyst/Kecubung
5. Ametrine
6. Andalusite
7. Apatite
8. Aquamarine
9. Aventurine
10. Azurite
11. Beryl
12. Cat’s Eye/Vaidurya
13. Chalcedony
14. Chavoite
15. Chrysoberyl
16. Chrysocolla
17. Chrysoprase
18. Cinnabar
19. Citrine
20. Carnelian/Cornelian
21. Desert Glass (Libyan)
22. Diopside
23. Druzy Quartz
24. Druzy Titanium
25. Fluorite
26. Garnet/Gomedaka
27. Goshenite
28. Heliodor
29. Hematite
30. Hemimorphite
31. Idocrase
32. Indicolite
33. Iolite
34. Jade
35. Jasper
36. Kunzite
37. Labradorite
38. Lapis Lazuli
39. Malachite
40. Moldavite
41. Moissanite
42. Moonstone
43. Morqanite
44. Nephrite
45. Obsidian
46. Onyx/Zabarjad
47. Opal
48. Pearl/Lu’lu/Mutiara/Mukta
49. Peridot
50. Prasiolite
51. Pyrite/Marcasite/Besi Kuning/Kursani
52. Quartz
53. Red Emerald (Bixbite/Pezzotaite)
54. Rubellite
55. Rutilite/Rutile/Jarum Emas
56. Sandstone
57. Scapolite
58. Sillimanite
59. Sodalite
60. Spectrolite
61. Sphalerite
62. Sphene
63. Spodumene
64. Sugilite (Hemi)
65. Sunstone
66. Tektite
67. Tigers Eye
68. Topaz/Pusyaraga
69. Tourmaline/Temaling
70. Unakite
71. Zircon

Seperti di tempat-tempat lain, masyarakat kita juga mempunyai terminologi tersendiri bagi menamakan sesetengah batu permata mengikut ciri-ciri, sifat dan asal batu permata tersebut, seperti
‘Aqiq
1. ‘Aqiq Lumut
2. ‘Aqiq Pancawarna
3. ‘Aqiq Ciku Manis
4. ‘Aqiq Sulaiman
5. ‘Aqiq Nibong
6. ‘Aqiq Teratai
7. ‘Aqiq Bunga Tanjung
8. ‘Aqiq Berlubang dsb

Delima
1. Delima Cindai
2. Delima Masak
3. Delima Dalam Buah delima
4. Delima Putih
5. Delima Pecah/Retak 1000 dsb

Pemilihan batu-batu permata antaranya berdasarklan kepada kriteria di bawah

Keaslian
· Walau apapun nama yang diberikan kepada batu permata tersebut, persoalan pertama dan paling penting ialah apakah batu tersebut asli

Kualiti batu………………………………….
Jika terdapat apa-apa ketidakpuasan hati terhadap produk yang ZAMRUDTECH jual, hubungi segera pihak kami dalam tempoh seminggu. Sebarang pertanyaan dan perbincangan boleh emailkan kepada kami zabarjad99@yahoo.com.

Penyusun : Admin ZAMRUD TECHNOLOGY

Muqaddimah

BismillahirRahmanirRahim
(Dengan Nama Allah Yang Bersifat Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...