SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca.

Wassalam.

Wallahu'alam.

Gem's Lover

Wednesday, February 27, 2008

(2) Teras Gemunggal@Kelor dalam pusu/busut (Kangkong, P.Mas, Kelantan)..... RM7000

Sebenar, terdapat 2 batang pohon gemunggal berdekatan dalam busut tersebut. Satu, seperti yang telah penulis ceritakan sebelum ini....iaitu terdapat teras-teras gemunggal berbentuk seperti tulang, ikan dan ayam (semuanya dalam 20kg).

Orang tua tersebut menangguhkan dulu hasrat untuk menggali teras yang sebatang lagi, dengan assumption "teras-teras" yang beliau akan dapat lebih kurang banyak dengan pohon pertama tadi. Setelah mempunyai masa terluang, orang tua tadi pun mengalilah teras gemunggal yang sebatang lagi ini........namun hanya setongkol sahaja yang ada, sebagaimana dibawah ini!

Urat-uratnya berlainan dengan urat Teras Gemunggal Kampung yang lain, uratnya lebih mirip kepada Teras Gemunggal Bukit (sample dari Sabah), lebih berat, lebih keras dan lebih padat terasnya. Rupanya ada mirip kepala badak sumbu, kapal, corong menora dan istana Siam.

Teras Gemunggal@Kelor dalam pusu/busut (Kangkong, P.Mas, Kelantan)..... RM5000

Teras "Akar/Umbi" Pokok Gemunggar @Kelor Kampung ini telah dijumpai oleh oleh seorang tua di Kangkong, Pasir Mas, Kelantan dalam 7 tahun lepas . Ianya tersimpan kukuh dalam pusu/busut. Setelah di gali pusu/busut ini pada musim kemarau (al maklumlah tanah pusu/busut menjadi keras, terpaksa diguna air), terdapat teras-teras gemunggal yang mempunyai bermacam-macam bentuk. Ada yang seperti tulang-tulang manusia, seperti ikan dan ayam (seperti dalam gambar ini). Teras gemunggal berbentuk seperti ayam ini adalah antara tongkol terakhir yang tinggal, jadi kepada sesiapa yang berminat hubungi penulis dengan segera!

Tuesday, February 26, 2008

"Emas Batu" (Kelantan)


Kepada sesiapa yang berminat, hubungi penulis.

Batu Delima - [FINISHED]

Delima Merah Burma...batu muda (transparent).

Terbaru....Teras Gemunggar (Pengkalan Chepa, Kelantan)

Ini adalah stok teras Gemunggar terbaru yang salah seorang ahli keluarga penulis dapat. Ianya adalah bekas tinggalan teras yang tidak dijilat api, selepas hampir kesemua batang, dahan, jula, rantingnya dibakar oleh orang yang tidak mengetahui ada teras tersimpan didalam batangnnya. Setelah dibersihkan bekas arang terbakar, barulah nampak urat terasnya dengan jelas! Stok teras yang ini tidak banyak, hanya sekadar lebih kurang 20 utas tasbih 33 biji...sekadar tinggalan sisa yang tidak terbakar sahaja!

Pandang dari dekat....Teras Gemunggar (Tanah Merah, Kelantan)






Antara stok terakhir.....Teras Gemunggar@Kelor (Pulau Redang) [SOLD OUT]

Ini antara stok permata Teras Gemunggar/Kelor (Pulau Redang) yang antar terakhir...siapa cepatdia dapat!!!

Tasbih99 "Buruk" Tempurung Betina Kokka/Kuk


Tasbih33 Kayu Belian [TELAH DIMILIKI]


Tasbih100 Jenis Kayu (Teras + Bukan Teras), buatan dari Kelantan [NOT FOR SALE]


Tasbih99 Kayu Pokok Delima


Ianya hanya kayu pokok delima mati beragam, bukan terasnya. Pokoknya mati dan tumbang setelah dua biji batu delima di jumpai dalam buahnya. Asal benihnya dibawa balik dari Mekah. Kayunya berbau agak wangi.

Gambar Teras Pisang Galo/Gala


Monday, February 25, 2008

Gambar Tasbih99 Teras Delima [TELAH DIMILIKI]



Antara sifat teras delima....berasa "sejuk" bila dikepal/digenggam. Sewaktu mula-mula dipotong atau dibelah, warna tidaklah terlalu merah (agak oren kemerahan), tetapi setelah terdedah kepada udara, warnanya bertukar menjadi semakin merah. Kecapannya agak manis, kadang-kadang ada yang me"letar"kan lidah. Antara khasiat kayu ini yang penulis dapat daripada ahli herba/kayu berkhasiat ialah:
1. Penawar darah tinggi
2. Penawar batuk berdarah dengan kaedah tertentu (penulis x mahir)
3. Boleh dibuat penawar sakit gigi/gusi
4. Sesuai mengubati penyakit seduan/resdung (air rendamannya diminum, disedut dalam hidung, dan disapu pada bahagian muka.... dibuat berulang kali sekurang-kurangnya 3x sehari selama seminggu berturut-turut. Penulis mendapat cara mengubat resdung/seduan ini daripada pengguna yang telah berjaya, bi iznillah)

Kepada sesiapa yang mengetahui khasiat TerasDelima ini, bolehlah berkongsi!




Gambar Tasbih99 Abanuh/Abanus/Abanuj Asma ul Husna




Pada setiap biji tasbih99 Abanuj ini ditatahkan dengan Asma ul Husna yang dibentuk daripada dawai perak yang dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk.




Saturday, February 16, 2008

Akar Bahar

Luas kawasan lautan adalah lebih kurang 75% luas bumi manakala luas daratan pula dalam 25% sahaja.

Antara spesis tumbuhan (organic) yang unik dan terpilih dari dasar laut ialah Akar Bahar. Ianya terbahagi kepada beberapa jenis antaranya Akar Bahar Hitam, Bahar Putih dan Bahar Merah. Umumnya, Bahar Hitam agak banyak didapati dalam kelompok Bahar berbanding Bahar Putih dan Merah, dan ianya biasa dijadikan gelang tangan/lengan. Semasa di dalam laut (masih basah), pokoknya agak lembut dan mudah dibentuk. Ianya akan megeras bila kering. Pada masa dahulu, orang balik dari Mekah dari menunaikan haji biasa membawa pulang gelang Akar Bahar Hitam ini, biasa dipanggil "gelang Hitam" sahaja bagi sesetengah orang. Untuk meng"adjust" luas gelang ini (resize) ianya akan direndam dalam air panas untuk memudahkan ianya dilenturkan kembali mengikut saiz yang dikehendaki.

Pada masa sekarang, penulis mempunyai stok Tasbih99 Akar Bahar Putih. Stok adalah sangat terhad (1 utas ada dengan penulis 5 utas dengan sahabat penulis). Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi penulis dengan kadar yang segera. Harga RM500 seutas!

Tuesday, February 12, 2008

Teori Pembentukan Teras

Seringkali orang tua-tua sebut...pokok sakit biasa ada teras!

Huraian (dalam bahasa mudah):
Apabila sesebatang pohon/pokok tersebut sakit...maka dia akan "push" atau "call into" segala kekuatan/power/getah/pertahanannya untuk melindungi (protect) dirinya daripada ancaman kesakitan tersebut yang biasanya berulangkali berlaku. Ancaman tersebut seperti dibakar oleh api, ditakir oleh senjata besi atau ditenggelami air. Pokok kelor/gemunggar yang berteras di pinggir bandar Tanah Merah adalah salah satu contoh...iaitu umbinya sentiasa dibakar dengan sampah oleh tuan tanah. Ada juga pokok lako/lakor yang berteras pada bahagian yang ditenggelami air sahaja, dan pada bahagian lain tidak berteras. Selain itu, ada pengusaha ladang gaharu yang "memanaskan" tanaman gaharu secara berkala dalam jarak tertentu untuk "push" gaharu mereka lebih cepat berteras, selain teknik cucuk ubat yang dipelopori pengusaha dari Siam.

Selain itu, keadaan tanah juga mempengaruhi kualiti kehidupan pokok-pokok tersebut. Pokok-pokok yang habitatnya payah mendapat sumber galian atau air akan lebih mudah berteras, tatkala ia "push" segala kekuatannya untuk mendapat bekalan penunjang kehidupan. Maka, mengikut petua orang tua-tua pokok-pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil (atau pantai) dikelilingi oleh lautan masin yang luas adalah lebih berkhasiat, selain faktor siapa golongan makhluk Allah swt yang awal yang berani meneroka untuk hidup pulau-pulau terpencil begitu.

"Rule" seperti ini juga terpakai atas manusia hamba Allah umat Muhammad saw!

Teras Pisang Galo/Gala

Antara banyak-banyak jenis pisang, spesis pisang Gala/Galo adalah jenis yang boleh menumbuh paling besar serta mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Biasa, hanya daunnya dimanfaatkan sebagai pelapik nasi lemak.

Penulis mempunyai stok Teras Pisang Galo/Gala untuk dipindah milik kepada sesiapa yang berminat. Stok terhad. Antara ciri-ciri terasnya ialah....terasa sejuk bila dipegang (seperti memegang batang/rias pisang), berbau manis seperti pisang masak bila dipotong/diasah dan berwarna hitam.

Sebenarnya, ianya adalah "rias" yang telah bertukar menjadi keras semacam kayu!

RM200 sebiji permata.

Monday, February 11, 2008

Teras Lako/Lakor (Pasir Mas, Kelantan)

Pokok lako/lakor adalah sejenis tumbuhan yang suka tumbuh ditebing-tebing sungai air tawar. Pokoknya berduri, kadangkala panjang durinya boleh melebihi sejengkal dan durinya biasa berkerekok (bergulung). Durinya digunakan untuk memanjat pokok-pokok berkayu yang berhampiran dengannya. Pucuknya yang muda sedap di cicah dengan budu...tetapi tidak sesuai disimpan terlalu lama kerana daunya mudah gugur dari tangkainya. Batang pokoknya agak payah membesar, dan jika pokok lako/lakor tersebut sudah bersaiz sebesar paha orang dewasa....biasa umurnya sekitar 50tahun dan ke atas. Pokok lako/lakor agak jarang ada teras, dan sekiranya ada teras....terasnya dalam beberapa jengkal sahaja dalam saiz sebesar ibu kaki (jika pokok tumbuh dengan lurus). Terasnya berbau agak wangi, plot urat-uratnya sangat mengagumkan dengan warna agak kemerahan. Sifat terasnya agak sama dengan Teras Damar Minyak dan Keluat Darah iaitu....mata gergaji mesti dibasahkan dengan air jika ingin memotongnya untuk mengelakkannya jadi "kiat/tersepit". Tukang buat tasbih selalu complain teras lako/lakor selalu menumpulkan mata gergaji/larik mereka!

Cincin Perak "Tangkai Kendi" Teras Kelor@Gemunggar...[SOLD OUT]

Salah satu daripada cincin ini terdapat urat menegak yang memotong urat-urat melintang seumpama huruf "Alif"....walaupun permata ini sudah berubah menjadi agak kehitaman, tetapi urat menegak tadi masih belum berubah warnanya yang memberi contrast kepada sekelilingnya.

Permata Teras Gemunggar@Kelor (Pulau Redang)....sedia diikat perak [TELAH DIMILIKI]

Hasil tangan penulis pada masa terluang...guna kertas pasir 100%

Permata Teras Gemunggar@Kelor....sedia diikat perak [SOLD OUT]


Hasil tangan penulis pada masa terluang.... (kelor/gemunggar pinggir Bandar Tanah Merah)

Tasbih99 Teras Gemunggal Bukit


Saturday, February 9, 2008

Bunga-Bungaan

Bunga adalah "perhiasan alam", disukai oleh sesiapa sahaja, mengembirakan hati sang pemandangnya. Nukil Imam Al-Ghazali ra dalam Asrar Khalqi Makluq

Renungkanlah mengapa Allah SWT mengatur urutan munculnya pohon, buah dan bunga, dan semuanya itu diciptakan beraneka warnanya, bentuk-bentuknya, rasanya, dan baunya. Bentuknya ada yang panjang, pendek, besar dan kecil. Warna-warnanya ada yang merah, ada yang putih, ada yang kuning dan ada yang hijau. Lalu setiap warna dari warna-warna tersebut juga berbeza-beza, ada yang sangat bersih, dan ada yang sedang-sedang saja. Kemudian rasanya ada yang manis, ada yang masam, ada yang kelat dan ada yang pahit. Sedangkan baunya ada yang harum, ada yang sedap, dan bermacam-macam lagi.

Apa yang telah kami sebutkan di atas, benar-benar dijelaskan oleh Al-Quran dengan penjelasan yang memuaskan hati, dan membuka segala rahsia yang masih tersembunyi bagi sesiapapun yang melakukan “perenungan”.

Kerana itu renungkanlah tentang rahsia yang dijadikan Allah SWT pada buah, ketika memperhatikan kepadanya. Sebab, ada buah yang ketika melihatnya boleh menjernihkan hati dari kotoran, ada yang melapang dada ketika melihatnya, dan ada yang membangkitkan nafsu kerana keindahannya.

Dalam pada itu Allah SWT menganugerahkan pelbagai kemanfaatan yang tidak boleh dihitung. Antaranya untuk menguatkan hati, untuk makanan penunjang kehidupan dan dijadikan sebagai makanan yang lazat ketika dinikmati. Allah SWT juga menciptakan benih-benih dalam buah itu untuk tetap menjaga kesinambungan jenisnya, iaitu dengan cara mengeringkannya dan menanamnya pada jangka waktu tertentu.

Tasbih 40 Kaf

Petua pembuatan tasbih ini telah disampaikan oleh seorang tua dekat kampung penulis suatu ketika dulu. Bermula dari itu, penulis cuba mengumpul jenis-jenis kayu yang namanya bermula dengan huruf "kaf". Kata orang tua itu lagi, ada yang telah mampu menyenarai dan mengumpul sehingga 100 jenis kayu yang bermula dengan "kaf". Setakat ini, sebahagian kecil daripada kayu-kayu yang tersenarai di bawah telah dapat penulis kumpul. Apabila cukup kelak, penulis akan paste kan gambarnya sekali.

1. Kuk/Kokka
2. Kemuning Hitam
3. Kemuning Emas
4. Kemuning Kuning
5. Kemuning Putih
6. Kemuning Limau
7. Kemuning pahlawan
8. Keduduk Biasa
9. Keduduk Merah Pekat
10. Keduduk Putih
11. Keduduk Kuning
12. Keduduk Biru
13. Kunyit Kayu
14. Kemunting
15. Kederam
16. Kemudu Gunung
17. Kupin Besi
18. Kekacam
19. Kayu Tahit
20. Kenaga
21. Kenada
22. Kenerak Kuning
23. Kandih
24. Kual
25. Kelor/Gemunggal Kampung
26. Kelor/Gemunggal Bukit
27. Kelor/Gemungga Pulau
28. Kelapa
29. Ketereh Kuning
30. Ketereh Merah
31. Kemboja
32. Kenangga
33. Katak Puru
34. Keluat Akar
35. Keluat Batang/Darah
36. Kudu/Mengkudu
37. Kedondong
38. Karas/Depu
39. Keranji
40. Kerdas

Monday, February 4, 2008

Batu Sungai (Quartz) Jinbara Location paling menarik penulis dapat...

Bentuknya semulajadi hampir bulat & have good transparency....

Ianya belum di "polish" lagi....

Batu Sungai (Quartz) Kemensah Waterfall (Jinbara Location)

Penulis dapat menemui beberapa Batu Sungai (Quartz) dalam ekspedisi berkhelah & mencari Batu-batu Sungai yang menarik....antara ciri-ciri penulis tekankan ialah "transparency"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...