SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca.

Wassalam.

Wallahu'alam.

Gem's Lover

Saturday, May 31, 2008

Batu Aqiq Pancawarna "Nanah" Garut [KOLEKSI PERIBADI]


Ikat 'steel' dulu untuk permulaan....

Tasbih Teras Keluat Akar (NOT FOR SALE)


"Aqiq Yaman Hitam"....RM210 sebiji (yang paling kanan, yg lain telah dimiliki) -[ALL SOLD OUT]


Secara physical, kalau dilihat dengan mata kasar atau disuluh dengan dengan lampu cahaya 'putih', cahaya aqiq tetap kelihatan hitam dan cahaya x boleh masuk ke dalam batu. Jika disuluh dari bawah batu, cahaya boleh masuk....warna tetap kehitaman dengan sedikit sahaja hawa merah. Kebiasaannya, jika disuluh dari bawah batu, warna batunya akan keluar bias merah atau merah tua pekat...walaupun batu kelihatan hitam pada mata kasar. Ciri bias hawa merah inilah Aqiq Yaman yang biasa dikenali.

"Badar Besi Fairuz Emas"...RM350 sebiji (sebelah kiri, yg kecil)

(Bahagian bawah permata)

Friday, May 9, 2008

Batu Serban - Indonesia ....RM50 (termasuk pos)

Uniknya, ada sahabat yang mendapat batu jenis ini siap ada ekor serban lagi! Dalam kategori batu seumpama ini (macam serban/mata/pusaran/lapisan membulat) ada yang dikenali dengan nama batu Akik Mata dan Batu Mata Sulaiman.

Batu Akik Bulu Macan - Indonesia....RM50 (termasuk pos) [SOLD OUT]


Monday, May 5, 2008

Info baru....

Hujung minggu lepas, saya sempat pulang ke kampung dan berkesempatan 'menunjukkan' beberapa jenis batu permata kepada orang tua-tua yang saya kenali, juga peminat batu-batu permata. Antaranya batu-batu Aqiq Pancawarna Garut yang ada dalam simpanan penulis. Yang menariknya penulis mendapat ilmu baru bahawa aqiq jenis Pancawarna Garut ini juga dikenali sebagai "Aqiq Cindai"...penerangan mereka juga sama iaitu ada yang 5 warna, 7 warna, 9 warna, 11 warna dan seterusnya. Juga info-info lain yang berkaitan seperti tempat asalnya. Bukan seorang yang menyebutnya sebagai Aqiq Cindai, bahkan setiap orang tua-tua yang penulis jumpa ( yang diakui ilmu & pengalaman mereka) menyebut begitu. Yang berada dalam simpanan penulis (seperti dalam gambar) adalah jenis "Aqiq Cindai Lumut".

Manakala bagi Aqiq Cempaka yang telah saya sentuh serba sedikit dahulu, dikenali juga sebagai "Batu Aqiq Pandan Baiduri", yang mana giwan/gewannya (silk) seperti sisit ikan Selat. Batu ini banyak terdapat di Pagar Ruyong, Sumatera. Ianya merupakan salah satu daripada kira-kira 25 jenis batu yang berasal dari bumi Indonesia yang tidak atau jarang dilepaskan ke negara lain. Di antara 25 jenis batu tersebut ialah termasuk Batu Aqiq Pancawarna garut, Batu Aqiq Pancawarna Sungai Nagiri, Sumatera (dikenali juga sebagai batu rahsia orang Minang), Batu Aqiq Lumut Sungai Darik, Batu Tapak Jalak dan sebagainya. Saya mempunyai pengalaman meng'order' batu-batu dari Indonesia sejak zaman belajar lagi, pada masa itu terdapat sahabat-sahabat dari tanah seberang. Budi perkerti mereka amat halus dalam bergaul. Tedapat pengalaman yang indah dan pahit dalam urusan jual-beli batu dari tanah seberang ini. Indah bila kita mendapat batu ori yang kita kehendaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...