SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca.

Wassalam.

Wallahu'alam.

Gem's Lover

Tuesday, May 26, 2009

"Coober Pedy"

  • "Coober Pedy" ialah satu frasa aboriginal yang bermaksud "white man in a hole", iaitu merujuk kepada mat-mat saleh yang melombong Opal dalam lubang/terowong bawah tanah. Aboriginal ialah kaum peribumi Australia.

Solid Crystal Opal (Coober Pedy); 1.26cts.....RM1500 termasuk pos






(Bahagian bawah)
(Bahagian bawah)
  • Play-of-color: AAA+++

Black Opal: Kualiti & Penilaiannya


Kualiti dan nilai bagi "Black Opal" ditentukan oleh beberapa faktor, berdasarkan buku THE BUYING GUIDE TO BLACK OPAL ditulis oleh Bill Jewell F.G.A.A. dengan keterlibatan bersama Australian Gem Industry Association (AGIA). Antaranya ialah:

  1. Brilliance or Lustre
  2. Colour Background
  3. Spectral Colour Range
  4. Colour Pattern
  5. Face-Up Display
  6. Character
  7. Shape
  8. Stone Size
  9. Opal Doublets and Triplets
  10. Cutting and Polishing Black Opals
  11. Inclsuions and Perfections

[BERSAMBUNG...]

Wednesday, May 20, 2009

4C: Parameter Yang Mempengaruhi Nilai Batu Permata Yang Telah Siap Dicanai

Sebelum itu, eloklah kita merenung beberapa petunjuk yang ada sangkutpaut dengan 4C daripada kitab Al-jauhar, iaitu sebuah kitab yang telah lebih 100 tahun diterjemahkan kedalam bahasa Melayu, dan “permata-permata berharga” yang terkandung didalamnya telah disampaikan oleh tuan-tuan guru kita sehingga sebahagian umat tanah Melayu khususnya, telah berhias-hias dengannya samada disedari atau tidak. Petunjuk-petunjuk tersebut ialah berkenaan ciri-ciri nikmat keindahan yang ada pada perkara di dalam syurga yang dapat digunapakai dalam menilai keindahan perkara atas dunia, antaranya:
  • “Kata Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu’anhuma: Tiada ada di dalam dunia suatu daripada barang yang didalam syurga melainkan muafakat pada nama jua. Adapun ‘ainnya, maka sangat jauh barang yang antara keduanya kerana barang yang didalam syurga terlebih mulia dan terlebih tinggi, maka emas dan perak didalam syurga umpamanya sangat bersihnya nyata dilihat zahirnya dan batinnya daripada sangat jernihnya
  • “…putih mereka itu seperti putih Lu’lu’ dan jernih warna mereka itu seperti jernih Yaqut, maka kerana demikian itu Firman Allah Taala “seolah-olah bidadari itu seperti Yaqut dan Marjan (ar-Rahman:58)”"
  • “Dan kata ‘Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu’anhu: Bahawasanya Hurul ‘Iin itu dilihat akan sir betisnya diluar dagingnya dan tulangnya dan 70 lapis pakaiannya, seperti dilihat akan minuman yang merah didalam kaca yang putih
  • “…Atasnya 70 pakaiannya, apabila ia berhadap bercahaya-cahaya mukanya nur yang cemerlang seperti bercahaya matahari bagi ahli Ad-Dunya dan dilihat akan hatinya daripada sangat nipis kainnya dan kulitnya diluarnya..”
Terbaru, terdapat 2 jenis 4C iaitu dikenali 4C Diamond (yang asal) dan 4C Connoiseurship (yang baru). Wallahu'lam.
[BERSAMBUNG...]

Saturday, May 16, 2009

Delima Merah-Pink Afrika; 27.50cts.....BEST OFFER RM230




Batu ditebeng pada pancaran cahaya matahari. Delima ini berdaging semi-transparent.

Friday, May 15, 2009

Kenapa batu transparent (telus) lebih berkualiti?

(Gambar Hiasan: Darjah kelutsinaran (lutcahaya) yang berbeza)

Ketelusan adalah satu sifat. Batu yang bersifat telus lebih daya tarik kecantikkannya. “Kecantikkan” pada batu permata dikira sebagai “kualiti”. Ketelusan berkait dengan telusbersih (clarity). Batu yang telus akan dinilai pula kebersihan dalamannya, contohnya berlian. Clarity mempengaruhi brilliance bagi diamond.

Terdapat 3 perkara yang dipertimbangkan sebagai “KUALITI” yang membuatkan bahan permata (gem material) sesuai digunapakai sebagai perhiasan (jewellery), iaitu:
  • Beauty. Kecantikkan tidak boleh diukur sebab ianya bergantung kepada factor yang subjektif. Kecantikkan bagi “permata berwarna yang telus” (transparent coloured gem) bergantung kepada 2 faktor utama iaitu (1) keamatan/ketuaan warnanya dan (2) darjah ketelusannya. Bagi diamond pula, kecantikkannya ditentukan oleh brilliance, fire, optical purity dan ketidakwujudan sebarang benda berwarna lain. Colorless diamond paling berharga. Bagi precious opal pula, kualitiiridescent play of color” akan menjadi factor penentu.
  • Rarity ialah suatu kualiti yang mesti ada bersama-sama dengan nama batu-batu berharga. Gelas yang berwarna (coloured glass) juga cukup cantik darisegi hue dan transparency, tetapi ia tiada makna kejarangan. Rarity berkait pula dengan supply & demand.
  • Durability (mengcakupi toughness dan hardness) adalah “kualiti praktikal” yang lebih penting berbanding Beauty & Rarity, kerana tanpa kualiti ini mungkin suatu batu permata tersebut tidak dapat dipakaihias lebih sehari dek sudah hancur tidak tahan. Maka ianya satu “kualiti penting” darisegi pemakaian.
Tambahan:
Ketelusan
boleh dipengaruhi oleh 3 faktor berikut:
  • Keamatan/ketuaan warna yang tinggi membenarkan kurang cahaya melepasinya berbanding warna yang kurang sedikit keamatan/ketuaannya.
  • Kehadiran/kewujudan kecacatan dalaman (internal flaw) atau tanda dalaman semulajadi (natural inclusion) mempengaruhi darjah transparen batu tersebut
  • Ketebalan batu. Lebih tebal batu lebih banyak cahaya hilang daripada melepasi batu

Ketelusan adalah satu “kualiti optikal” yang penting bagi batu permata yang memberi kesan kepada Beauty dan nilainya. Selain disifatkan sebagai transparent, batu permata juga disifatkan sebagai semi-transparent, translucent, semi-translucent dan opaque.
Batu transparent “lebih daya tarikkan” sebab ianya “lebih cantik” pukulrata untuk semua mata yang memandangnya. Lebih cantik lebih kualiti. Wallahu’alam.

[Kredit kepada karya P.G. READ]

Wednesday, May 13, 2009

Contoh Gilson Turquoise (Firuz Simulant)







  • Gilson ialah pengeluar batu permata sintetik dan simulant dari Perancis. Antara produk yang dikeluarkan ialah: Gilson Coral, Gilson Lapis Lazuli, Gilson Opal dan Gilson Flux-melt Emerald.

  • Dalam gambar diatas: Warna batu dan urat adalah "sepesyen" sahaja pada pandangan mata kasar.

Meteorite Sikote-Alin, Russia; 92.50cts......BEST PRICE RM260 termasuk pos [TELAH DIMILIKI]



Tuesday, May 12, 2009

Hikayat Batu Firuz & Seputar Khasiatnya

Batu Firuz nampak “kurang memukau” dek warna-warna yang sekadar sahaja, urat-uratnya yang agak kasar serta tidak menentu. Batu Firuz dikatakan untuk pakaian orang yang berumur 40 tahun keatas sahaja, dan sebenarnya ianya bukan larangan mutlak begitu. Sejarah batu Firuz sedikit sebanyak tuan_blog paparkan disini, disamping selingan khasiatnya. Tulisan ini berdasarkan sumber lisan yang tuan_blog korek daripada orang tua-tua. Kisah-kisah sebegini jarang didengari lagi pada zaman sekarang.



  • Versi per-1: Batu Firuz merupakan “tahi sejenis burung” yang mendiami bumi ini sebelum diturunkan Nabi Adam a.s. Sebelum Nabi Adam a.s menjadi khalifah dimukabumi, bumi ini didiami dan diperintah oleh pelbagai makhluk Allah silih berganti – dari jenis haiwan, jin, dewa dsb wallahu’alam. Semua mereka ini tidak melakukan kerosakkan terhadap bumi yang didiami mereka pada masa itu. Tetapi apabila sampai kepada golongan manusia akhir zaman, dengan kecanggihan teknologi yang dicapai mereka mengebom sana sini atas pelbagai tujuan. Berbalik semula kepada kisah burung tadi, mereka tinggal disuatu tempat bernama “Bukit Firuz” dikatakan terletak dikawasan Iran-Afghanistan sekarang ini. Disinilah tempat mereka akan kembali untuk tidur, beranak-pinak dan berak setelah terbang bebas mengelilingi dunia atas tujuan masing-masing. Tahi yang diberak oleh mereka inilah bertukar menjadi batu Firuz, dan warna asal “batu tahi burung” ini ialah “Hijau berjalur/berurat Hitam”. Khasiat batu Firuz ada 2 yang utama iaitu (1) Untuk penawar racun dengan Izin-Nya (2) Untuk kebaikkan urat saraf- dikehendaki-Nya tubuh badan kita akan berasa segar/kuat dengan memakainya. Seorang hamba Allah dekat kampung tuan_blog pernah bercerita, berlaku dalam 15 tahun dahulu, bertempat di Stesen Keretapi Manek Urai, Kelantan. Terdapat seorang hamba Allah yang telah pengsan kerana tersilap minum racun getah yang disangkanya air masak. Menemani bersamanya ialah sahabat handai dan ahli keluarganya. Mereka sedang menunggu ketibaan keretapi untuk mendapat rawatan di Hospital Kuala Krai. Keretapi ada waktunya baru sampai di stesen. Kebetulan ada seorang tua berada berdekatan, lalu bertanya khabar hal yang berlaku apabila didapati ada orang yang pengsan. Berat mata memandang berat lagi tubuh menanggung. Sebagai ikhtiar, dengan izin ahli keluarga hamba Allah yang pengsan tersebut, orang tua tersebut mencabut cincin batu Firuz pada jarinya lalu dimasukkan kedalam mulut hamba Allah yang pengsan tadi. Dalam masa 15 minit, dikehendaki-Nya, hamba-Nya yang pengsan tadi telah tersedar tetapi dalam keadaan masih lemah, namun lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Setelah keretapi sampai, hamba Allah itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan selanjutnya.


  • Versi ke-2: Dikisahkan bahawa batu Firuz ialah “batu burung Ababil” yang menyerang ketumbukan tentera bergajah Abrahah. Apabila batu tersebut terkena atas mereka, jadilah mereka seperti “daun dimakan ulat”. Dikisahkan bahawa burung-burung Ababil adalah para malaikat yang diperintahkan atas rupa burung dalam misi bantuan dari langit tersebut, dan dikisahkan batu tersebut adalah anak batu dinding syurga ke-7 (jannatu ‘Adn). Sumber lain, batu burung Ababil berasal dari neraka.
    TAMBAHAN:
    Aku batu burung Ababil, ambillah aku sebagai senjatamu”. Nabi Daud a.s menggunakan 3 biji sahaja batu burung Ababil untuk mengalahkan Jalut dengan izin Allah. Dikatakan tiada sesiapapun yang mengenal batu burung Ababil ini, melainkan apabila sampai ketika perintahkan-Nya dan petunjuk-Nya sebagaimana kisah Nabi Daud a.s.


  • Versi ke-3: Batu Firuz asalnya ialah “tahi sejenis burung” yang dipelihara oleh para wali. Berkat keramat mereka, tahi burung tersebut menjadi batu Firuz. Antara khasiatnya ialah untuk memulih, menguat dan melancarkan perjalanan darah seluruh badan.

Pokok Kelor/Gemunggar, Kemuning dll juga mempunyai sejarah mereka dalam versi tersendiri. Wallahu’alam.

Monday, May 11, 2009

Rantai Batu Firuz/Turquoise (Tibet).....RM220 termasuk pos [TELAH DIMILIKI]



  • Condition: Baru/belum dipakai
  • Potongan bujur-bulat; mempunyai permukaan yang licin dan good Waxy luster
  • Gabungan beberapa warna: Hijau tua, Hijau muda, Biru, Coklat-kehijauan & Biru bertompok/berurat hitam; Warna asli (not dyed)
  • Firuz original; bukan Gilson Turquoise (simulant) atau Howlite

Sunday, May 10, 2009

Intan Baiduri

Ialah batu Black Star Diopside, sumber utama dari India. Biasa hanya ada 4-rays star bila dicanai en cabochon. Selain warna hitam, ada warna hijau gelap. Kekerasan dalam scala Moh's 5.5, iaitu kekerasannya lebih kurang Opal. Sentiasa legap (opaque). Biasa keliru dengan Delima Hitam betul (Black Star Sapphire). Delima Hitam betul biasa ada 6-rays star, 12-rays star atau 24-rays star dengan kekerasan 9 pada skala Moh's. Pengecaman lain, Black Star Sapphire ada urat-urat seperti lain-lain Sapphire, tetapi Black Star Diopside tiada urat-pada pandangan mata kasar. Wallahu'alam.

Friday, May 8, 2009

Zabarjad

Dalam bahasa Arab disebut Zabarjad, tetapi batu apakah sebenarnya empunya nama ini? Ada 2 pendapat, iaitu:
  • Onyx
  • Peridot

Sumber terbaru dan dikira lebih konkrit yang tuan blog dapat ialah Peridot. Wallahu'alam.

Monday, May 4, 2009

(1) Alexandrite (Zimbabwe); 2.46cts....RM280

Batu disuluh dengan "cahaya putih" artificial incandescent light. Sumber cahaya ini dihasil dari "tungsten" dalam bo/bulb lampu; sama seperti lampu suluh, cuma lampu suluh cahaya lebih kepada cahaya kuning-juga boleh digunakan untuk melihat pertukaran warna Alexandrite. Lampu yang dijual dipasar-pasar malam cahayanya daripada LED, cahaya yang terhasil samada biru, kuning dsb berdasarkan warna LED tersebut-tidak boleh digunakan untuk melihat perubahan warna Alexandrite. Lampu kalimantan/fluroscent juga tidak boleh (panjang gelombang pendek). Cahaya putih terdiri daripada 7 spektral warna pelangi, dan setiap spektral warna tersebut mempunyai panjang gelombang yang berlainan-disebabkan ini cahaya LED biru tidak sesuai melihat perubahan warna Alexandrite.

Gambar diambil dibawah cahaya matahari. Dari jauh kelihatan macam kehitaman/gelap spesimen ini, tetapi pada bahagian tepi-tepi batu yang agak nipis boleh dilihat sedikit warna hijau. Kalau disuluh dengan lampu LED putih/biru boleh lihat batu ini berwarna hijau-mungkin dengan sedikit bercampur dengan warna merah.

Friday, May 1, 2009

Alexandrite

  • Keluarga mineral: Tergolong dalam keluarga Chrysoberyl bersama-sama Cymophane (Batu Mata Kucing asli – Chrysoberyl Cat’s Eye). Bila disebut “Cat’s Eye” maka ia merujuk kepada Cymophane/Chrysoberyl Cat’s Eye; inilah batu yang dirujuk dengan makna asal istilah “Cat’s Eye”. Lain-lain jenis batu yang ada sifat Cat’s Eye akan diletakkan “nama batu + Cat’s Eye” seperti Quartz Cat’s Eye dan Prehnite Cat’s Eye.
  • Lokasi dijumpai: Pergunungan Ural di Russia, Sri Lanka, Andhra Pradesh di India, Brazil, Burma, Madagascar, USA, Tanzania dan Zimbabwe
  • Sifat: Berwarna hijau (atau berwarna kekuningan dan pink) dibawah panahan cahaya matahari dan berwarna merah (atau merah seperti bunga Columbine atau seperti merah buah Raspberry atau seperti merah buah Cherry) dibawah suluhan lampu artificial incandescent light.
  • Kualiti: Kristal Alexandrite yang flawless FL (berketelusan terbaik, tidak retak/raka, bersih dalaman batunya) dengan warna "hijau zamrud" (emerald green) dan mempunyai perubahan warna yang paling terang/nyata dikira sebagai Alexandrite paling berkualiti. Kebanyakkan spesimen Alexandrite yang terbaik serta bersaiz besar adalah dari pergunungan Ural di Russia. Alexandrite berkualiti yang baik tetapi bersaiz kecil dijumpai di Zimbabwe. Alexandrite dari kedua tempat ini dikatakan berada pada ranking tertinggi dalam kategorinya. Alexandrite Cat’s Eye iaitu chrysoberyl yang bertukar warna dan mempunyai sifat mata kucing adalah sangat-sangat jarang (great rarity).
  • Rekod: Spesimen Alexandrite yang terbesar dijumpai ialah seberat 1876ct, dijumpai di Sri Lanka. Permata Alexandrite yang terbesar selepas dipotong ialah seberat 66ct dari Russia, dan disimpan di Smithsonian Institution, USA.
Buat masa sekarang, tuan blog mendapat sedikit sumber Alexandrite dari Zimbabwe yang belum dicanai (rough). Batunya tidaklah berkualiti, tetapi bolehlah untuk disimpan sebagai koleksi bagi yang sesiapa yang berminat. Tuan blog memilih batu-batu Alexandrite yang paling telus dan paling elok pertukaran warnanya daripada simpanan pemilik asal yang berat keseluruhannya tidaklah sampai 200g. Best Price! – harga beli borong pada masa currency exchange yang agak rendah.
TAMBAHAN:“Emerald Green” (kata nama, kata sifat)Emerald green” adalah sejenis pigment berwarna dengan nama kimianya “Copper (ll)-Acetoarsenite” yang secara kimianya tidak stabil dan sangat beracun. Dihasilkan secara tindakbalas sodium arsenite dengan copper (ll)-acetate. Kandungan arsenic boleh jadi sebab membawa kepada maut. Berwarna “hijau-kebiruan hingga hijau, yang terang dan menawan” yang tersendiri baginya. Digunakan sebagai bahan catan/pewarna, bahan yang memberi warna dalam pertunjukkan bunga api, dan sebagai racun pembunuh serangga dan binatang perosak. Diterokai seawal tahun 1808 di Jerman (secara rasminya tahun 1814) dan digunakan sehingga tahun 1960-an. Nama lain bagi “emerald green” ialah: Schweinfurter Grun (Jerman), Vert Veronese (Perancis), Vert de Schweinfurt (Perancis), Verde di Schweinfurt (Italy), Paris Green, Veronese Green, Schweinfurt Green, Victoria Green. Apabila disebut “Emerald Green” kepada sesuatu objek berwarna hijau dengan maksud kata sifat, maka ia memerihalkan objek tersebut dengan rupa warna hijau bahan kimia ini. Titih asal perkatan “emerald green” juga dari perkataan batu zamrud “smaragdus”.

Rujukan: sumber lisan, internet & buku2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...