Pages

||TERAS PENAGA/NAGASARI (MESUA FERREA/MESUA NAGASSARIUM) ~JUN2015||

 (Pokok tua. Sebahagian kulit pokoknya telah repuk. Bahgaian tengah telah buruk. Terasnya sangat berat, padat, tumpat...)
 (gambar dekat)
 (Keratan rentas)




Produk: Tasbih33, Tasbih99

*
**
***
Tambahan:
  • Pokok Penaga/nagasari sejenis pokok tropika asia yang banyak tumbuh di nusantara, nepal, srilanka dan timur India.
  • Ia sejenis pokok yang dikira perlahan tumbesarannya. Bunganya wangi berwarna putih 4 kelopak dengan jerijik ditengah berwarna kuning –seperti telur goring mata kerbau. Daunnya berwarna hijau tetapi pucuk muda baru tumbuh berwarna merah pink –satu pemandangan yang menakjubkan dan menarik mata.
  • Teras Penaga/Nagasari adalah salah satu teras masyhur di Nusantara dan juga benua kecil india.
  • Sebahagaian nama berkaitan: Semenanjung Malaysia (penaga), Jawa (nagasari), Sanskrit (Nagakesara, nagapushpa, naga), Telugu (nagakesara), Hindi (nagakesar), Bengali (nagesar, nagkesar, punnaga), Tamil (nagappu, sirunagappoo), German (nagassamen), japan (tagayasan), china/taiwan (tie li mu).
  • Selain itu ia dikenali dengan nama: Ceylon ironwood, Indian rose chessnut, cobra’s saffron, ironwood
  • Dipanggil “ironwood” kerana sifat terasnya yang berat, padat, tumpat, kukuh dan keras.
  • Tidak semudah menggergaji kayu kebanyakkan lain untuk menggergaji teras penaga/nagasari.
  • Warna terasnya merah keperangan dan merah sedikit ungu/pink.
  • Ia berurat songsang.
  • Kegunaan fizikal terasnya: zaman dahulu dibuat papan selipar pelapik rel kereta api sebelum diganti dengan pelapik konkrit, dibuat mata pahat kayu/baji, dibuat paku kayu/baji, dibuat hulu senjata. Darisegi mistik, ia dianggap sebagai medium yang ampuh untuk beberapa tujuan/olahan.
  • Kegunaan bunga, antaranya: diekstrak dan dibuat minyak wangi; bunga kering digunakan untuk mengubati sakit perut, muntah, batuk; bunga yang segar untuk mengubat kegatalan.
  • Kegunaan buah: minyak yang diekstrak dari biji buahnya untuk sakit tekak, luka dan sakit sendi.
  • Kegunaan daun: Untuk mengubati luka
  • Damar getahnya sedikit beracun tetapi berguna untuk beberapa tujuan perubatan.


Nota: Nama asal Georgetown, Pulau Pinang (yang dinamakan pada 1786) oleh Francis Light (1740-1794) ialah Tanjung Penaga. 

Allahualam.

No comments:

Post a Comment