SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Saturday, January 16, 2010

Kepudaran Warna Pada Batu Zamrud

Batu Zamrud dinyatakan dalam banyak sumber sebagai sejenis batu yang “mustahil tiada keretakan (fracture) padanya”. Dengan lain ayat, keretakan/kerakaan samada halus, kecil atau besar adalah suatu yang biasa atau “wajib” ada pada batu batu Zamrud. Banyak atau sedikit tetapi “mesti” ada!


Keretakan atau kerakaan ini di panggil flaw (kecacatan) secara umumnya oleh gemologist. Flaw ini memberi kesan kepada clarity (telusbersih) sesuatu batu. Namun, oleh kerana keretakan ini barang “wajib” ada dan ‘tidak boleh buat apa dah’ pada batu zamrud, maka ianya “diterima” mahu atau tidak mahu.


Keretakan-keretakan yang ada ini mengakibatkan “batu jadi nampak putih…” pada perkataan orang-orang lama batu permata. “Keputihan pada retak” ini merupakan sesuatu yang tidak dikehendaki dan dianggap sebagai ‘gangguan’ dan kekurangan. Masalah “keputihan pada retak” ini bukan hanya berlaku pada batu zamrud bahkan batu-batu mewah yang lain seperti Delima, Nilam dsbnya. Ianya sesuatu yang mengganggu keindahan warna batu…


Keretakan ialah kawasan ‘air tidak bertangkup’ dan 'berruang'. ‘Keputihan’ ini wujud kerana kawasan keretakan tadi ‘kering’ dan akibat pantulan cahaya pada satah keretakan tersebut dengan RI yang berbeza.


Secara mudah, keretakan dibahagikan kepada 2 jenis:



  • Keretakan bolehcapai dari permukaan (surface-reaching fracture/cracks)


  • Keretakan yang berada didalam batu dan tidak bersambung ke permukaan (internal fracture/cracks)


Oleh kerana “keputihan pada keretakan” menggangu keindahan warna batu, maka dicari jalan dan diperkenalkan rawatan pertingkatrupa supaya gangguan 'keputihan' tadi dapat dihilangkan atau setidak-tidaknya dikurangkan. ‘Keputihan’ berpunca daripada retak. Isunya bagaimana hendak merawat keretakan (fracture) tadi? Keretakan yang dibincangkan ialah yang kebehalusan pada skala mikrometer. Bagi batu Zamrud, terdapat 3 jenis rawatan utama iaitu:



  • (a)Keretakan diisi oleh minyak tidak berwarna (fracture filling by colorless oil)


  • (a)Keretakan diisi oleh resin dan pengeras (fracture filling by resin & hardener)


  • (c)Keretakan diisi oleh minyak berwarna (fracture filling by colored oil)



Kesemua rawatan ini dinamakan rawatan impregnation ataupun filling. Majoriti dirawat dengan ‘a’ diatas, biasa disebut ‘oiling’ sahaja. Minyak tersebut ialah daripada ekstrak cedarwood dan mempunyai RI yang hampir sama dengan RI batu Zamrud (Teknik rawatan telah dinyatakan serba sedikit sebelum ini). Kesemua rawatan diatas hanya merawat jenis surface-reaching fracture/cracks sahaja!


Walhasilnya, bahagian keretakan tadi telah menjadi seolah-olah ‘sama air’ atau ‘air telah bertangkup’, kembali ‘basah’ dan pantulan cahaya tidak terganggu atau lebih sekata (kerana RI pada kawasan keretakan tadi telah hamper sama dengan bahagian lain)…maka, tertampillah zamrud tadi dengan warna yang lebih elok, tua, bagus, indah, menawan, sempurna daripada sebelumnya.


Namun, sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini, lama-kelamaan minyak yang telah "dikunci" dalam keretakan tadi akan “kering”. Lambat atau cepat ianya kering tidak sama tempohnya natra satu batu dengan batu yang lain. Ada keadaan-keadaan tertentu yang menyebabkan minyak dalam batu ini menjadi lebih cepat kering. Kata seorang gemmologist, di negara-negara yang beriklim panas seperti Afrika, zamrud yang telah di-oiling ini akan didapati sedikit ‘berpeluh’ (minyak keluar daripada batu). Maka, kesannya ialah (untuk rawatan ‘a’ & ‘c’ diatas):



  • Warna batu nampak pudar daripada mula-mula pakai (kebiasaannya selepas beberapa tahun. Sebenarnya ia kembali warna asal batu tersebut). Perlu di-reoiling untuk menjadikannya nampak tua semula seperti mula-mula pakai dulu.


  • Pada bahagian keretakan yang ‘agak besar’ ada kesan kekuningan. Disamping kesan oiling tadi, ‘mungkin’ juga kesan kontaminasi dari luar.


Persoalan berapa %kah akan menjadi pudar? Sebenarnya ia bergantung kepada kualiti ‘kepejalan’ (ke-solid-an) batu tersebut. Lebih berdaging sesuatu Zamrud itu maka lebih ketara kepudarannya. Ini kerana semakin berdaging sesuatu batu itu maka semakin banyak keretakan halus (pada skala mikrometer) padanya. Tidak perlu risau untuk zamrud air kaca! Disebabkan itu juga, zamrud air kaca sempurna kelas 1 amat mahal, disamping ianya jarang…..warnanya tidak akan berubah insyaAllah.


Tambahan:



  • Diperingkat antarabangsa (di negara-negara maju atau yang menggunakan piawaian antarabangsa), zamrud yang dirawat dengan fracture filling by colored oil dan fracture filling by resin & hardener memerlukan disclosure dalam urusan jual beli.


  • Mengikut En. Kamal (Kemaman, Terengganu), minyak baby johnson boleh dicuba untuk reoiling Zamrud yang telah pudar; direndam dalam beberapa hari atau seminggu.

Wallahu a’lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...