Pages

Tuesday, September 28, 2010

"Besi Meleleh"

Asal kejadian besi meleleh:
Ialah daripada air, iaitu air yang menitik dari dalam celahan atau rekahan gua. Daripada titikan air ini kemudian membentuk batu iaitu dinamakan ‘batu meleleh’. Batu meleleh ini rupanya agak kemerahan. Daripada ‘batu meleleh’ ini ada 2 pendapat.
[1] lama-kelamaan ‘batu meleleh’ ini bertukar menjadi ‘besi meleleh’.
[2] ‘Besi meleleh’ berada didalam ‘batu meleleh’ tadi. Sifat ‘besi melelh’ dikatakan panas. Kepanasan power besi meleleh ini menyebabkan ‘batu meleleh’ tadi pula menitik tahun berganti tahun, yang akhirnya sedikit demi sedikit ‘besi meleleh’ tadi akan timbul/terbuka.
Darisegi sains ‘mungkin’ sumber aliran air yang menitik pada asalnya itu mengandungi unsure logam/besi. Darisegi falsafahnya, ianya ‘hidup’.
Ianya rezeki kepada orang-orang tertentu sahaja. Antara yang masyhur disebut ialah Besi Meleleh Besut, Terengganu pada masa dahulu.

Rupa dan warnanya:
Rupanya ‘lebih kurang’ atau ada iras dengan besi yang dikatakan ‘besi meleleh’ yang ada dalam pasaran. Besi meleleh yang ada dalam pasaran dicanai daripada “bunga besi”. Isi/daging bunga besi lebih padat/padu daripada bijih besi sendiri.
Orang tua-tua kita melihat kepada kepadatan/kepaduan isi/daging bunga besi tadi disamping melihat kepada luster dan air asahannya untuk menentukan batu mana yang lebih tua. Batu yang lebih tua dikira lebih baik. Besi yang padu/padat menghasilkan luster yang terbaik. Manakala air asahan/canaian bunga besi ini pula berbeza, ada yang putih, ada yang kuning dan ada yang merah, dan pada sisi orang tua kita bunga besi yang air asahannya warna merah dikira paling terbaik dan dikatakan besi tua diikuti warna kuning dan putih. Dan ada pendapat lain yang terbaik ialah air asahannya warna putih. (boleh juga digosok dengan kertas pasir untuk melihat warna habuknya).
Dari kacamata orang Barat samada bijih besi atau atau bunga besi semuanya itu dipanggil ‘iron ore’. Dibawah iron ore tadi dipecahkan kepada jenis-jenisnya, ada yang lekat magnet dan ada yang tidak lekat pada magnet berdasarkan peratusan kandungan unsure iron yang terkandung didalamnya. Ramai yang mencari permata yang melekat pada besi magnet. Darisegi sains, mana-mana benda yang melekat pada magnet maka benda tersebut mempunyai unsure iron.
Oleh kerana warna bunga bijih besi setelah dikilat hamper sama dengan keberkilatan ‘besi meleleh’ maka ia tetap digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat (termasuk tuan_blog) dengan ‘mengambil sempena’. Tidak ada besi meleleh bunga besi pun tak mengapalah, tidak ada rotan akar pun berguna. Luster/keberkilatan bunga bijih besi ini sesetengahnya dipanggil ‘sayap kumbang’ oleh sesetengah orang.
Warna besi meleleh asli ialah ‘warna metalik seperti keberkilatan bunga besi dengan sedikit awa biru’ iaitulah warna ‘sayap kumbang asli’.
Paling payah diperolehi ialah Besi meleleh asli, diikuti batu meleleh asli dan paling banyak diperolehi bunga besi.
Wallahu’alam.

1 comment:

  1. assaamulaikum..maaf dengan apa yang ingin saya betulkan,sebenarnya batu batu yang berunsul besi datang dari luar angkasa maknanya meteorite,sebab sistem bumi tak boleh menghasilkan ferum atau unsur besi

    ReplyDelete