Pages

Sunday, December 19, 2010

Delima Putih (White sapphire; Corundum)

(dengan flash; gambar bawah tanpa flash)

  • Semua batu diatas ialah White Sapphire iaitu dari mineral jenis Corundum; iaitu sifat-sifatnya (hardness, toughness, stability, RI, SG dll) sama seperti Delima Merah (Red Corundum) dan Nilam (Blue sapphire/Corundum) kecuali warna sahaja berbeza.
  • White sapphire ialah Corundum dalam keadaan 'pure state' iaitu tanpa kehadiran trace atau transition element.
  • Sekurang-kurangnya ada 2 petua pemilihan Delima Putih.

Keterangan gambar (bermula dari sebelah kiri):

  • Per-1 ialah ZT252
  • Ke-2 ialah ZT253
  • Ke-3 ialah ZT254
  • Ke-4 ialah ZT255
  • Ke-5 ialah ZT256
  • Ke-6 ialah ZT257
  • Ke-7 ialah ZT258

Tambahan: 'Teori warna'

  • Cahaya putih (white light -visible radiation) terdiri daripada 7 spektral warna pelangi.
  • Apabila cahaya putih mengena sesuatu objek ianya samada dipantul, diserap, lalulepas atau dibengkokkan (belau).
  • Apabila cahaya putih (white light -visible radiation) mengena suatu objek dan mata kita melihat objek tersebut berwarna putih; sebenarnya objek tersebut memantul kembali keseluruhan cahaya putih atau kesemua 7 warna pelangi kepada mata kita; iaitu 100% cahaya putih dipantulkan kepada mata kita kembali, maka jadilah objek itu nampak putih pada mata kita; objek ialah sebagai medium menzahirkan cahaya putih. Cahaya ialah tenaga. Maka dikatakan objek putih sebagai pemantul haba yang baik (lambat panas).
  • Sebaliknya, apabila cahaya putih (white light -visible radiation) mengena suatu objek dan mata kita melihat objek tersebut berwarna hitam; sebenarnya objek tersebut menyerap kesemua cahaya putih atau kesemua 7 spektral warna pelangi; 0% cahaya/radiasi dipantul kepada mata kita kembali. Maka dikatakan objek hitam ialah penyerap haba yang baik (cepat panas).
  • Begitu juga, apabila kita melihat objek berwarna kuning; sebenarnya spektral warna kuning dipantulkan kembali kepada mata kita. Lain-lain spektral dalam spektrum cahaya putih diserap oleh objek tersebut.
  • Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment