Pages

Thursday, December 27, 2007

Damar Minyak




Teras pokok Damar Minyak tidak terdapat pada batangnya, tetapi terdapat pada "dahan-dahannya". Bau herba (getah)nya sangat kuat pada kulit dan terasnya yang berwarna merah, manakala kayunya kurang sedikit herba (getah) secara kasarnya. Kulit dan teras Damar Minyak merupakan penawar yang besar kepada sakit perut (terutamanya) selain dapat dibuat penawar-penawar lain. Ianya merupakan "timbal" atau "pelengkap" kayu kemuning dalam hal sakit perut....iaitu jika tidak dapat disembuhkan dengan Kemuning maka penawarnya insya-Allah, kulit dan teras damar minyak sebagai pengantinya. Teras Damar Minyak hanya boleh boleh dibelah dengan gergaji yang dibasahkan dengan air untuk menegelakkan ianya "kiat", sebab ia kaya dengan getahnya. Habuk gergaji atau yang dikikis akan masuk dalam kulit bila digosok-gosok pada kulit. Jika dibakar, maka ianya mengeluarkan minyak yang berbuih-buih kemudian akan mengeras setelah dialihkan api tersebut. Terasnya "transparent" cahaya, iaitu jika dipotong, jangan terlalu tebal sekadar 1cm atau kurang....jika dinyalakan api lighter dibelakang terasnya especially pada waktu malam, maka ianya mempamerkan suatu keindahan

1 comment: