Pages

Saturday, February 9, 2008

Bunga-Bungaan

Bunga adalah "perhiasan alam", disukai oleh sesiapa sahaja, mengembirakan hati sang pemandangnya. Nukil Imam Al-Ghazali ra dalam Asrar Khalqi Makluq

Renungkanlah mengapa Allah SWT mengatur urutan munculnya pohon, buah dan bunga, dan semuanya itu diciptakan beraneka warnanya, bentuk-bentuknya, rasanya, dan baunya. Bentuknya ada yang panjang, pendek, besar dan kecil. Warna-warnanya ada yang merah, ada yang putih, ada yang kuning dan ada yang hijau. Lalu setiap warna dari warna-warna tersebut juga berbeza-beza, ada yang sangat bersih, dan ada yang sedang-sedang saja. Kemudian rasanya ada yang manis, ada yang masam, ada yang kelat dan ada yang pahit. Sedangkan baunya ada yang harum, ada yang sedap, dan bermacam-macam lagi.

Apa yang telah kami sebutkan di atas, benar-benar dijelaskan oleh Al-Quran dengan penjelasan yang memuaskan hati, dan membuka segala rahsia yang masih tersembunyi bagi sesiapapun yang melakukan “perenungan”.

Kerana itu renungkanlah tentang rahsia yang dijadikan Allah SWT pada buah, ketika memperhatikan kepadanya. Sebab, ada buah yang ketika melihatnya boleh menjernihkan hati dari kotoran, ada yang melapang dada ketika melihatnya, dan ada yang membangkitkan nafsu kerana keindahannya.

Dalam pada itu Allah SWT menganugerahkan pelbagai kemanfaatan yang tidak boleh dihitung. Antaranya untuk menguatkan hati, untuk makanan penunjang kehidupan dan dijadikan sebagai makanan yang lazat ketika dinikmati. Allah SWT juga menciptakan benih-benih dalam buah itu untuk tetap menjaga kesinambungan jenisnya, iaitu dengan cara mengeringkannya dan menanamnya pada jangka waktu tertentu.

No comments:

Post a Comment