Pages

Monday, February 11, 2008

Teras Lako/Lakor (Pasir Mas, Kelantan)

Pokok lako/lakor adalah sejenis tumbuhan yang suka tumbuh ditebing-tebing sungai air tawar. Pokoknya berduri, kadangkala panjang durinya boleh melebihi sejengkal dan durinya biasa berkerekok (bergulung). Durinya digunakan untuk memanjat pokok-pokok berkayu yang berhampiran dengannya. Pucuknya yang muda sedap di cicah dengan budu...tetapi tidak sesuai disimpan terlalu lama kerana daunya mudah gugur dari tangkainya. Batang pokoknya agak payah membesar, dan jika pokok lako/lakor tersebut sudah bersaiz sebesar paha orang dewasa....biasa umurnya sekitar 50tahun dan ke atas. Pokok lako/lakor agak jarang ada teras, dan sekiranya ada teras....terasnya dalam beberapa jengkal sahaja dalam saiz sebesar ibu kaki (jika pokok tumbuh dengan lurus). Terasnya berbau agak wangi, plot urat-uratnya sangat mengagumkan dengan warna agak kemerahan. Sifat terasnya agak sama dengan Teras Damar Minyak dan Keluat Darah iaitu....mata gergaji mesti dibasahkan dengan air jika ingin memotongnya untuk mengelakkannya jadi "kiat/tersepit". Tukang buat tasbih selalu complain teras lako/lakor selalu menumpulkan mata gergaji/larik mereka!

No comments:

Post a Comment