Pages

Friday, March 21, 2008

Kemuning Hitam "Teras 99 Penawar"

Kebanyakkan pencari Teras Kemuning Hitam tidak mengenali akan rupa daun pokok kemuning (termasuk penulis) yang masih hidup, hanya orang-orang tertentu seperti masyarakat orang asli dan orang yang bersahabat dengan mereka yang kenal spesis pokok ini. Diceritakan, semasa mula-mula ditebang, bahagian "teras"nya tidaklah hitam terus, lama-kelamaan bila ianya bertindakbalas dengan udara sekeliling barulah "kawasan teras"nya menjadi kehitaman. Oleh sebab itu, ramai pencari Teras Kemuning Hitam yang mencari "dikawasan pokok kemuning hitam yang telah mati" yang tinggal tunggul-tunggulnya atau serpihannya, atau di sekitar gua-gua. Biasanya, bila kita belah Teras Kemuning Hitam, kawasan "dalam" yang dibelah tadi tidaklah hitam sebagaimana "luar"nya....ianya agak sedikit kuning atau hijau gelap, kemudian bila kena udara sekeliling barulah berubah menjadi hitam. Kalau disekitar Kota Bharu "Wak Besut" adalah antara orang yang mempunyai Teras Kemuning Hitam yang masih berkulit (yang baru ditebang).

No comments:

Post a Comment