Pages

Thursday, March 20, 2008

Stok Teras Gemunggal....

Dalam simpanan penulis...kesemua 6 jenis teras Gemunggal ada lagi. Dalam 2 minggu lepas (9 march 2008), penulis cuba mendapat stok teras Gemunggar Tanah Merah...alhamdulillah stok masih ada tetapi harganya sudah naik dalam 3x ganda harga penulis dapat dulu2. Maklumlah, stok dengan tuan punya pun sudah tinggal x banyak, tuan semakin sayang nak lepaskan. Kebanyakkan teras Gemunggal yang dijual di sekitar Kota Bharu (termasuk pagi Jumaat) adalah berasal daripada pohon yang Tanah Merah ini!
Yang jenis Bukit tinggal 2 tongkol kecil, dan kalau buat tasbih33 biji saiz telur burung puyuh mgkin dapat dalam 2 utas sahaja. Setakat ni penulis x mau usik, nak simpan dahulu.
Yang jenis Pulau Redang (ada dalam bentuk permata sahaja dengan penulis) & Kangkong pula x banyak....stok dengan tuan punya/pemilik pun dah berkurang, jadi pemilik sendiri agak susah nak "lepaskan"...begitulah sayangnya dan menghargainya pemilik/tuan teras!
Manakala yang Pengkalan Chepa adalah stok terbaru yang salah seorang keluarga penulis dapat...setakat ni beberapa tongkol kecil baru "di usik" untuk dibuat tasbih dan permata cincin! Kepada sesiapa yang berkehendak kepada teras gemunggal ini (pengkalan chepa) secara setongkol2 pemilik/penemuinya jugak nak jual....insya Allah penulis plan nak pastkan gambar nanti bila berkesempatan!

No comments:

Post a Comment