Pages

Tuesday, June 17, 2008

ZAMRUD TECHNOLOGY

Saya bermula 'menjual' batu-batu permata di alam siber ini dengan join sebuah forum. Kemudian, saya berganjak kepada zamrudtech.freewebsitehost.com dalam tahun 2005. Oleh kerana 'tidak ikut arahan' freewebsitehost, akaun saya telah expired. Kemudian, saya berubah kepada zamrudtech.cjb.net pada Jun 2006....nasib yang sama juga menimpa saya. Kedua-dua web ini dibuat dengan pertolongan sifu computer saya Mad Jordein. Sebagai substitute, www.geocities.com/zamrud_tech telah dilancarkan untuk sementara waktu menggunakan khidmat Nur Helmi pada tahun 2007 (tunggu siap sahaja). Pada November 2007 barulah zamrudtech.blogspot.com muncul dengan inisiatif sendiri 90%, selebihnya mendapat tunjuk ajar dari Azim (kazimorejava.blogspot.com) & Mad Jordein.
Sokongan daripada beberapa sahabat setia yang bermula sejak zaman join forum hinggalah ke hari ini amatlah dihargai dan diperlukan. Seperti kata-kata rakan blogger yang lain, sambil menjual dapat sahabat dan ilmu daripada mereka!

No comments:

Post a Comment