Pages

Sunday, September 14, 2008

Air Rendaman Permata (Gem Water)

Dalam masyarakat Melayu, ramai perawat Tradisional (bomoh) yang menggunakan 'air' yang direndam dengan batu permata berserta bacaan doa dan solat hajat sebagai medium perubatan. Batu permata yang biasa digunakan dalam rendaman ini seperti batu delima, nilam, batu sungai, geliga, kecubung dsb. Manakala air yang digunakan pula ialah air hidup (air mati = air yang dipanaskan). Ini disebabkan air hidup ada 'power semulajadi' yang telah dijadikan Allah.

Michael Gienger & Joachim Goebel, penulis buku GEM WATER telah melakukan penyelidikan 'Gem Water' sebagai Naturopathic atau Therapeutic treatment/remedy. Buku ini mengandungi 6 chapter utama, setebal 92 pages. Antara chapter tersebut ialah:

  • Basic principles of gem water application. Dalam chapter ini, beliau membicarakan perbezaan term antara 'mineral water' dan 'gem water', gem water sebagai air minuman, gem water sebagai penawar (healing), kualiti air yang hendak digunakan, kualiti crystal yang hendak digunakan, dan beberapa informasi bahawa sesetengah batu permata boleh menjadi toxic.

  • Making gem water. Chapter ini menyentuh berkenaan penyediaan umum gem water, checklist bahan/peralatan dalam penyediaan gem water, membersihkan crystals sebelum penyediaan gem water, mencari sudut/tempat yang sesuai untuk penyediaan gem water, air dan bekas yang hendak digunakan, menapis/siring gem water, menyimpan gem water, mengeringkan kembali crystal, perbincangan berapa jenis dan berapa jumlah crystal yang perlu digunakan dalam penyediaan.

  • Preparation methods. Dalam chapter ini, terdapat 4 kaedah dalam menyediakan gem water iaitu dengan meletakkan batu secara langsung dalam air, dengan kaedah mendidih (boiling method), dengan cara sejatan/suling (evaporation method) dan dengan kaedah test tube (test tube method). Kemudian, perbincangan diteruskan berkenaan pemindahan energy daripada crystal, meletakkan segelas air di atas satu crystal, dan, air di dalam satu mangkuk yang diperbuat daripada crystal.

  • Effects and application. Bab ini membicarakan penggunaan gem water secara luaran (sembur dalam rumah, bilik, pada badan etc) dan dalaman (minum), kuantity dan keamatan (Quantity & intensity) dalam penggunaan, kekerapan dan dos (frequency and dosages), tindakbalas awal apabila meminum gem water, dan, sekatan dalam penggunaannya apabila dalam keadaan penyakit tertentu sebelum mendapat consultation daripada doktor dan therapist.

  • Gem water mixtures. Dalam bab ini, penulisnya mengingatkan supaya berhati2 dengan campuran rawak crystals, beberapa note penting dalam penyediaan dan penggunaan Gem water, dan, akhirnya penulisnya memberi satu senarai kombinasi crystal berserta tujuan penggunaan (kesan baik yang terhasil) yang telah dicuba dan diuji.

  • Index of crystals for gem water preparation.

Dalam buku Gemstones of The World, dinyatakan batu permata biasa digunakan sebagai 'remedies against illnesses' dalam 3 cara, iaitu:

  • Dengan memakai batu permata pada mana-mana bahagian badan sudah memadai untuk memberi kesan 'ubat'.

  • Dengan meletakkan batu permata pada tempat sakit pada badan.

  • Batu permata dijadikan serbuk dan dimakan.

Dalam masyarakat Melayu, permata pada cincin terdiri samada daripada pelbagai jenis batu, teras kayu, taring unta dsb, biasa digalakkan dipakai supaya bersentuh dengan kulit badan kita. Dalam banyak-banyak air, air zamzam adalah air terbaik (paling berkat) untuk dijadikan segala penawar.

No comments:

Post a Comment