SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Sunday, October 26, 2008

YAQUT



PENGENALAN


“Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata Yaqut (Delima) dan Marjan”
(Ar-Rahman: 58)

Dalam Tafsir Pimpinan Rahman, perkataan Yaqut dalam ayat diatas dirujuk sebagai batu Delima. Dalam kamus-kamus Arab-Melayu, kalimah Yaqut didefinisikan sebagai sejenis batu permata bernilai tinggi berwarna merah. Manakala dalam kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub pula, kumpulan batu permata Yaqut dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

1. Merah
2. Putih
3. Kuning
4. Biru

Sementara itu, dalam kitab Ubat-Ubatan Tradicional Arab Dan Melayu, penyusunnya menamakan Yaqut sebagai batu Delima, serta mempunyai 4 jenis sebagaimana disebut dalam kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, iaitu:

1. Delima Merah
2. Delima Putih
3. Delima Kuning
4. Delima Biru
Bold
Sumber bertulis Arab dan lisan yang lain ada menyebut Yaqut (Batu Delima) mempunyai 5 warna, iaitu:

1. Merah
2. Putih
3. Kuning
4. Biru
5. Hitam



Sumber lisan lain menyebut, Yaqut (Batu Delima) mempunyai 7 sampai 9 jenis variasi warna, termasuklah warna Hijau. Batu Delima juga dikaitkan dengan warna merah isi buah pokok Delima, dan buah serta bunga pokok Keduduk oleh orang tua-tua. Wallahu'alam.


Batu Delima sudah masyhur sejak zaman-berzaman di Timur mahupun di Barat dengan dinobatkan “King of Gemstones”, dan termasuk dalam kategori Precious. Batu Delima boleh didapati di banyak negara, antara yang paling terkenal ialah Burma dan juga Sri Lanka. Dalam masyarakat Melayu Malaysia, apabila disebut batu Delima, biasanya ia merujuk kepada batu Delima Merah. Di Indonesia biasa dipanggil Mira Delima atau Mirah Siam. Istilah batu Delima Putih jarang-jarang sahaja disebut. Manakala istilah batu Delima Kuning dan Delima Biru langsung tidak dipakai.

Dalam Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, pengarangnya menyebut Yaqut Merah adalah yang paling mahal harganya, dan dalam kategori Delima Merah ini terdapatnya Pancardelima.


PENGISTILAHAN

Kesemua 4 jenis batu dalam kumpulan Yaqut mempunyai banyak kesamaan, disamping hanya warnanya sahaja yang bebeza antara satu sama lain. Antaranya persamaan-persamaan tersebut ialah:

1. Tempat dilombong
2. Urat dan serat struktur batu
3. Kekerasan dalam Skala Mohs
4. Ciri-ciri lain seperti giwan (silk) dan bintang (star)

Batu Delima Merah atau Ruby, berasal daripada perkataan Latin iaitu “Rubens” yang bermaksud “merah”. Batu Delima Biru merujuk kepada batu Nilam (Blue Sapphire), yang mana perkataan "Nilam = biru" ini berasal daripada perkataan Sanskrit. Batu Delima Kuning pula merujuk kepada Yellow Sapphire, atau disebut sebagai batu Nilam Kuning. Batu dari jenis "urat dan serat Delima" dengan sedikit hawa Kuning juga dirujuk sebagai batu Delima Kuning.


Batu Delima Putih pula adalah:

a. White/Colourless Sapphire, atau disebut sebagai Nilam Putih
b. Batu dari jenis “urat dan serat Delima” dengan sedikit hawa Merah
c. Batu dari jenis “urat dan serat Delima” dengan sedikit hawa Hijau
d. Batu dari jenis “urat dan serat Delima” dengan campuran sedikit hawa Merah, Hijau dan Kuning (tergolong dalam kategori Delima Pancawarna)



Batu Delima Merah (Ruby) dan batu daripada kumpulan Sapphire seperti Blue Sapphire (Nilam) mempunyai ciri giwan (silk) dan bintang (star). Sapphire disebut sebagai Safir di Indonesia dan Arab sebagai Zafir. Kedua-duanya mempunyai "urat dan serat struktur batu" yang sama. Di samping itu, kekerasan batu Delima Merah (Ruby) dan batu daripada kumpulan Sapphire adalah sama dalam skala Mohs, iaitu pada skala 9. Dimana batu Delima Merah dilombong disitu juga batu daripada kumpulan Sapphire boleh ditemui seperti Blue Sapphire (Nilam).


KESIMPULAN


Kumpulan batu permata Yaqut terdiri daripada batu-batu Delima dan kumpulan Sapphire. Kumpulan batu Yaqut mempunyai “urat dan serat batu” yang tersendiri, biasa disebut “urat serat batu Delima” atau “Air delima” atau “urat serat batu Nilam”. Sebagai ringkasan:

A. Yaqut Merah = Delima Merah = Ruby = Red Sapphire (Nilam Merah) = Manika/Manikya
B. Yaqut Putih = Delima Putih = White Sapphire (Nilam Putih)
C. Yaqut Kuning = Delima Kuning = Yellow Sapphire (Nilam Kuning) = Pushparaga
D. Yaqut Biru = Delima Biru = Blue Sapphire (Nilam) = Nila/Nilam/Indraneela

...............................................................................................................................


“Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu, berfirman Allah Taala :
« Marhaban, dengan hambaKu dan yang menziarah akan Daku. Hai malaikatKu, beri pakai olehmu akan mahkota kepada hambaKu. »

Maka mendatang ia akan mereka itu dengan beberapa mahkota daripada emas yang merah yang ditatah akan dia dengan beberapa Mutiara dan jauhar, maka memakai mereka itu dengan dia bagi tiap-tiap satu mahkota daripadanya empat penjuru, atas tiap-tiap satu penjuru itu Yaqut yang merah, jikalau digantung satu Yaqut daripadanya pada langit dunia, nescaya mengalah cahayanya akan cahaya matahari dan bulan”
[Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub]


FAEDAH
Adalah batu Yaqut (delima) itu empat bagi:

a. Merah
b. Kuning
c. Biru
d. Putih

Dan yang terlebih mahal harganya yang merah. Dan memadalah kelebihannya sabda Nabi Shalallhu’alaihi wassalam pada sifat syurga anak batunya Lu’Lu’ dan Yaqut. Dan pada tempat keluarnya pada bukit yang panjang pada pulau di belakang
pulau Sarandib.

Dan setengah daripada khasiatnya, api tiada memberi bekas padanya dan tiada mengubahkan dia. Dan barangsiapa memakai cincin dan permata Yaqut yang merah atau ditanggungkan atasnya, menafikan daripadanya gila babi, ta’un dan pada memudahkan kehidupannya, menguatkan hatinya (semangat), menghebat akan dia manusia dan mudah menunaikan segala hajatnya. Dan memakai cincin dengan Yaqut yang kuning atau menanggung akan dia, menegahkan mimpi ihtilam dan menanggung akan (yakut) yang putihnya, meluaskan rezeki. Wallahu’alam

CATATAN Bold

Gunung Sarandib (Serindik) atau disebut Gunung Nabi Adam, yang berada di kawasan Sri Lanka (Ceylon atau Seilan) sekarang adalah tempat yang dipercayai diturunkan Nabi Adam as ke bumi daripada syurga Jannatul Na’im. Di gunung ini terdapat kesan jejak tapak kaki baginda seperti tertancap kuat ke batu yang panjangnya mencapai 1260 inci. Manakala kaki baginda yang sebelah lagi tertancap di laut. Mengikut catatan, hujan selalu membasahi bumi Sarandib dan batu mulia berwarna merah yang terdapat di puncak gunung ini selalu ditemui orang setiap kali hujan turun. Dipercayai aliran air hujan yang cukup deras membawa serpihan-serpihan batu tersebut ke tempat lebih rendah. Wallahu’alam


.......Rujukan………
UBAT-UBATAN TRADISIONAL ARAB DAN MELAYU; PENAWAR 200 JENIS PENYAKIT
Penyusun:
USTAZ AZAHARI IBRAHIM
Penerbit:
PUSTAKA NADIA,
KOTA BHARU, KELANTAN.
Harga:
RM7

.........................................
MISTERI GUNUNG PARA NABI
Judul Asal:
JIBAL AL-ANBIYA’
Penulis:
HANAFI AL-MAHLAWY
Penerbit:
JASMIN ENTERPRISE
P.O. BOX NO. 12649,
50786 KUALA LUMPUR
Cetakan:
Di Malaysia… …2005
Harga:
RM16.50

…………………………………..
AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB
Penyusun:
ASY-SYEIKH ‘ALI BIN ABDUL RAHMAN AL-KALANTANI
Pengalihan Tulisan Jawi ke Roman:
NORAINE ABU
Pengurus Projek:
KAMALUDDIN BIN. IBRAHIM
Diterbitkan oleh:
AL-HIDAYAH PUBLISHERS,
NO. 27, JALAN IPOH KECIL,
50350 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN
Cetakan:
Pertama … … 2005
Harga:
RM39.00


Sumber-sumber lisan daripada individu-individu tertentu.

1 comment:

earones said...

Serendip itu bukan Ceylon atau Srilanka, tapi Swarnadwipa (pulau emas), sekarang Andalas atau Sumatera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...