Burl/bur/burr – Bonggol Kayu/Benjol Kayu/Ngoh Kayu/Butut
Kayu/Ketumbuhan Kayu/Bisul Kayu/Ketuat Kayu/Kutil Kayu/Tumbol Kayu/Kayu
Megandung
- Burl ialah satu keganjilan/ketidaknormalan bentuk pada bahagian pokok dibanding dengan bentuk kebiasaan bahagian tersebut. Contohnya, biasa batang pokok lurus tiba-tiba ada bonggol bentuk bulat pada batang yang lurus itu. Bonggol tersebut adalah keganjilan – ianya adalah burl.
- Burl boleh ditemui samada pada akar bawah tanah, umbi banir, batang utama atau dahan. Jumlah burl mungkin 1-2 pada sebatang pokok, tetapi boleh memenuhi sebahagian besar pokok. Ada bersaiz besar dan kecil. Luaran burl biasa masih ditutupi oleh kulit pokok.
- Burl terbentuk pada pokok yang mengalami tekanan persekitaran, yang mana mungkin berpunca daripada kecederaan, atau serangan virus dan kulat.
- Kebanyakkan burl terbentuk pada umbi atau akar bawah tanah. Biasa disebabkan oleh serangan seranga dan kulat.
- Sel kayu pada bahagian yang diserang akan membagi dan tumbesar secara berlebihan dan tidak sekata –sama analogi dengan sel cancel pada mamalia. Burl dipanggil ‘ketumbuhan pada pokok’.
- Proses tumbesaran yang berterusan yang mengikut kontor asal ketidaknormalan akan menghasilkan semua sifat seperti berpilin-melengkung- tenggelam timbul dalam serat kayu. Biasanya akan menghasilkan corak atau pola urat kayu yang sangat menakjudkan pandangan mata, dan ianya sangat bernilai dalam kerjakayu.
- Ianya “keindahan tersembunyi dalam kayu” sama halnya dalam batu permata hiasan “keindahan dalam akik/batu” – yang hanya terserlah apabila dipotong-canai-gilap.
- Burl bernilai kerana kecantikkan atau keindahan corak/plot/ira nya, bukan diangkatnilai kerana kekuatan kayunya.
- Kegunaan: Dibuat batang pen, hulu/sarung pisau, hulu/sarung keris, buah catur, hulu senapang, badan gitar, dll –yang berestitika tinggi. Jika saiz besar dibuat meja.
     Pokok Sena: Amboyna Burl
& Kiaat
- Pokok Sena terdapat di Asia Tenggara dan Afrika. Getahnya berwarna kemerahan. Secara umum, teras pokok sena anti anai-anai dan kumbang penebuk.
- Pokok sena senang didapati, tetapi burl nya susah bdiperolehi.
- Butut umbi pokok sena yang sangat tua mempunyai corak urat yang sangat cantik dengan nama komersialnya amboyna burl, iaitu antara teras termahal di dunia.
- Burl pertama yang digunakan oleh pengeluar kereta Rolls-Royce untuk membuat dashboard adalah daripada Amboyna burl.
- Sifat urat amboyna burl: uratnya seumpama berombak, ikal, berpusar, saling mengunci, saling melintang , tenggelam timbul – dan semua sifat ini member kesan visual 3D yang sangat indah dipandang dari mana-mana sudut sekalipun.
- Warna amboyna burl: dikelaskan kepada 2 iaitu Amboyna Merah (merah keperangan yang terang dan matang) dan Amboyna Emas (kuning keperangan) atau dikenali sebagai moudui burl.
- Moudui burl lebih jarang daripada amboyna merah. Umumnya, merentasi masa semua terasnya cenderung berubah menjadi semakin keperangan.
- Semakin merah terasnya, ia semakin berat.
- Corak urat amboyna burl (amboyna merah atau amboyna emas/moudui) tidak sama dengan corak teras sena yang usia biasa-biasa yang dipanggil kiaat di Zimbabwe/Afrika.
- Perkataan “Amboyna” diambil daripada perkataan pulau “Ambon”, Indonesia – kerana dipercayai teras jenis ini dieksport buat pertama kali dari pulau ini ke Eropah dan US.
- Selain ianya femos dengan perkataan amboyna, istilah Pradauk (asal perkataan Thai) sering digunapakai kepada teras sena jenis burl ini.
- Nama biasa: Sena atau Angsana (Malaysia), Senokembang (Indonesia), Tnug (Kemboja), Narra (Filipina), Pradauk/padouk/padauk/pradu (Thailand).
- Nama saintifik: Malaysia/filipina padauk (pterocarpus indicus), Burma Padauk (Pterocarpus macrocarpus), Andaman padauk (Pterocarpus dalbergioides), Zimbabwe padauk (Pterocarpus angolensis), African padauk (Pterocarpus soyauxii).


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
![[Kod: ZT589 ]~DELIMA BURMA ASLI 41CT~](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6qNSLae20bsoP-cSi8s2KR3XcVfPAAVOgcc9jiO1fzQH9H4281Vcd7tEmarfiVDq2lXBt6i-beDUi4B7edElqC5cPqZk9wKsr1l-Ag58bi9YihSyh9EYk3WoDH3sPA_zi5F8Bt4F4SNGn/s180/azanXL.png) 
 
![[Kod: ZT79] Cincin "Finest Hot Pinkish-Red Sapphire"; 6-Rays Star; from Ceylon; 12cts](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCPdJIegoqD7BkDBbQuRl2FJUHHTvi6DwD8x-gDL8hgVn4Kby0SfJqjrj35YgWRgMtUxpSgiNyBk3jkVJOKKBP5SNgbjlQWVRNhZnD_aVAb9A0i9Q0XtcJUI6zKyMrtuUqAY2-vwp6VpgU/s180/p1.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
![[Kod: ZT64] Permata "Solid Crystal Opal Australia"; 2.72cts](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9ciSWZytkKu17jV09mlyQVQcUodiM0jKt5TRnZLcCRC9h-ptLGnGSJnla-kjLn0RiYMmDB7P76H9lPYyOBc7Yl0CKRg_JGGmdLZ9GmNasg2Z-R5NTcRZ9VUkrmGh2XgGs0SXjAx6V7QKc/s180/opal1.jpg) 
 
 
 
![[Kod: ZT629] Cincin Delima Putih Star; Ceylon; 10cts](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKjHHjY107YR_ehNhYflot4_1zwouBxk8BOZM_i8h1lrDSYjjcbh0Olxkh5EFyDosOIYoYQsjqjQbl497-SLBKaQahud-xa1Z6Sdw1CLmiGMvdwK0OR0N-5xJZKRSfedkhCriuwnfw6MIu/s180/delima+putih.png) 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment