Pages

Friday, December 26, 2008

Kisah Raja Nabi Sulaiman as

Kisah ini disampaikan secara lisan oleh seorang hamba Allah yang sudah berumur dekat kampung penulis suatu masa dahulu. Ditulis semula oleh tuan blog berdasarkan kisah lisan tersebut.
****
Sebelum menjadi raja, ayahanda baginda iaitu Nabi Daud as memanggil baginda serta 11 orang adik-beradik baginda yang lain, untuk menanyakan satu soalan. Sesiapa yang dapat menjawab soalan tersebut akan di angkat menjadi raja kelak. Di cébela kanan ayah baginda, Jibril as sebagai hakim.

Setelah soalan dikemukakan, setiap orang menjawab dengan pelbagai jawapan, namun semuanya tidak tepat. Apabila sampai giliran Nabi Sulaiman as, baginda dapat menjawabnya dengan tepat. Tatúala itu, Jibril menyampaikan sebiji batu permata daripada syurga dan sebatang tongkat daripada neraka sempena menobatkan Nabi Sulaiman as sebagai raja. Setelah mendapat 2 barang tersebut, maka kerajaan Nabi Sulaiman as semakin besar dan dapat memerintah bukan sahaja manusia bahkan angin, haiwan dan golongan jin. Dikisahkan bahawa, batu permata tersebut adalah daripada jenis delima merah.


Dikisahkan, suatu ketika Nabi Sulaiman as asyik dengan urusan dunia sehingga hampir terlepas waktu solat asar. Maka datang Jibril as menegur “Adakah engkau lebih mencintai dunia daripada menghadap Allah?”. Setelah tersedar, Nabi Sulaiman as cepat-cepat berdoa kepada Allah swt supaya menangguhkan waktu maghrib, sedangkan waktu itu langit sudah kelihatan kekuningan. Allah swt mengabulkan doa nabi Sulaiman as, dan sehingga kini waktu matahari memancarkan cahaya kekuningan hendak terbenam menjadi sedikit panjang. Lantas Nabi Sulaiman as menanggalkan cincin bertatahkan permata syurga dan meletakkan cébela beliau, kerana hendak mengambil wuduk. Tatúala itu, datang jin bernama Simus mencuri cincin tersebut.

Dikisahkan kemudian daripada itu, kekuasan Nabi Sulaiman as semakin menurun, golongan jin dan sesetengah makhluk Allah yang lain tidak mengenal Nabi Sulaiman as serta tidak mahu mengikuti arahan Nabi Sulaiman as. Maka Nabi Sulaiman as pun merantau membawa diri sehingga sampai kesebuah perkampungan nelayan. Disana baginda meminta untuk bekerja dengan seorang lelaki nelayan, dengan upah seekor ikan sehari. Lelaki ini mempunyai seorang anak perempuan. Suatu hari, tatkala Nabi Sulaiman as penat bekerja, dia tertidur dibawah sepohon pokok yang berlubang-lubang. Didalam lubang tersebut terdapat ular bersarang. Tatkala cahaya matahari memancar hendak mengenai wajah Nabi Sulaiman as, sang ular tersebut mengembangkan kepalanya sebagai bayang berteduh untuk melindungi wajah Nabi Sulaiman as daripada terkena cahaya matahari. Manakala sang burung pun turut membantu membayangi wajah Nabi Sulaiman as. Kejadian ini dilihat oleh anak perempuan majikan Nabi Sulaiman as, dan diceritakan kepada bapanya. Mendengar kisah daripada anaknya tersebut, maka si nelayan tersebut menikahkan anak perempuannya dengan Nabi Sulaiman as. Maka hiduplah Nabi Sulaiman as sebagai suami isteri. Upah menolong bapa mentuanya kini 3 ekor ikan sehari.

Berbalik kepada cerita jin Simus tadi, setelah mendapat cincin Nabi Sulaiman as tersebut, maka Simus pun menyamar dengan rupa Nabi Sulaiman as dan memberi khutbah di mimbar mengajar kaum Nabi Sulaiman as. Namun pengajarannya bertentangan dengan ajaran Nabi Sulaiman as. Para ulamak berasa hairan dan pecaya bahawa bukan Nabi Sulaiman as yang sedang berkhutbah. Mereka sepakat untuk membacakan kitab Zabur semasa Simus memberi khutbah untuk mengetahui siapa yang sebenarnya yang memberi khutbah. Tatkala Simus memberi khutbah, para ulamak pun mebacakan Zabur, maka bertempiklah Simus lari kepanasan membawa diri ke laut, hingga cincin Nabi Sulaiman as terjatuh ke dalam laut, lalu ditelan sejenis ikan.

Ditakdirkan, ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as telah dapat ditangkap oleh bapa mentua Nabi Sulaiman as, dan menjadi salah 1 daripada 3 ekor ikan upah kepada Nabi Sulaiman as. Sewaktu isteri Nabi Sulaiman as mensiang ikan, terjumpalah cincin tersebut dalam perut ikan tersebut. Dia terfikir “aku sudah milik suamiku, bermakna aku mesti menyerahkan cincin ini kepada suamiku...bukan kepada bapaku”. Maka diserahkan cincin tersebut kepada Nabi Sulaiman as, maka memakailah Nabi Sulaiman as cincinnya itu dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah swt, dan kerajaannya kembali naik serta dihormati oleh sekaian manusia, jin dan haiwan.
***
Kata hamba Allah itu lagi, sekiranya Allah SWT tidak memberikan alat-alatan kepada Nabi dan Rasulnya seperti bahtera, tongkat dan cincin dsb, tidak ada apa-apa kecacatan sebenarnya, kerana para Nabi dan Rasul itu adalah manusia pilihan-Nya sendiri. Manusia pilihan-Nya adalah manusia yang dimulia oleh-Nya, dilindungi-Nya dan diawasi oleh-Nya sentiasa. Harus bagi Allah SWT hendak memberi atau tidak alat-alat ini. Dia berkuasa memberi mukjizat kepada Nabi-Nya walaupun tanpa alat-alat ini.

1 comment: