Pages

Sunday, December 14, 2008

"Laqthotul 'Ajlan": Syeikh Ahmad Al-Fathoni


  • (Dan ini beberapa faedah) pada beberapa khasiat batu yang mulia-mulia (maka batu 'aqiq Yaman) terlebih eloknya barangyang bersangatan merahnya dan jernih kuningnya, maka barangsiapa pakai daripada yang terlebih eloknya berhenti bersangatan marahnya tatkala berkelahi dan bersangatan tertawa-tawanya tatkala suka dan barangsiapa bersugi dengan habuknya hilang daripadanya berkarat gigi dan hilang busuk mulutnya dan memberi manfaat daripada berdarah gusi. Dan daripada Nabi saw bahawasanya bersabda "Barangsiapa memakai cincin dengan 'aqiq Sulaiman ia didalam berkat dan kesukaan"
  • (Dan batu Firuz) bukannya daripada pakaian raja-raja kerana bahawasanya mempusakakan kurang hebat tetapi memakainya mempusakakan ketiadaan papa intaha "Ajaib" dan sesetengah daripada beberapa khasiatnya bahawasa empunyanya tiada mati ia tergelam dalam air dan tiada mati ia dengan halintar (halilintar) dan bahawa menanggungnya menguatkan hati dan menegahkan takut dan iaitu terlebih segera segala batu kepada binasa dengan peluh dan minyak dan segala bau-bauan yang baik intaha "Anthoki"
  • (Dan batu Yakut) yang terlebih baiknya yang merah yang sejahtera daripada pecah-pecah dan bergeligis dan yang dipilih daripada segala warnanya itu yang merah dan yang kuning dan yang hijau adapun yang lain daripada segala warna yang 3 ini maka kurang ia pada kemuliaan dan pada khasiat (maka) barangsiapa memakai cincin atau ada gantungkan pada lehernya dengan salah satu daripada 3 bagi ini nescaya tiada mengena akan dia taun dan jika merata ia akan ahli negeri sekalipun dan terhebat ia pada segala mata manusia dan mudah atasnya segala perkerjaan kehidupan intaha "Ajaib"
  • (Dan batu Zamrud) setengah daripada beberapa khasiatnya bahawasa yang memakainya tiada mengena akan dia kepayahan dan kesukaran sekali-kali dan menilik (pen: melihat-lihat/merenung) kepadanya menajamkan mata dan jika dihampir akan dia kepada makanan yang diracunkan nescaya berpeluh ia dan jika dipakaikan dia pada cincin emas (pen: bagi perempuan sahaja) nescaya menegahkan daripada taun dengan dicubakan terlebih besar daripada batu yakut (pen: lebih mujarab dari Yaqut) dan jika mengantung perempuan akan dia pada rambutnya padahal ia tiada bersuami nescaya bersuami ia dan bahawasanya membatal ia akan sihir dan menghilangkan penyakit sawan dan dan dukacita dan malas betapa diistimalkan (pen: dipakai/diguna) dan jika dengan ditanggungkan dia sekalipun dan menegah ia akan gila babi jika dipakaikan dahulu daripada mengena ia dan memutus ia akan racun apabila diminumkan dia (pen: air rendamannya) ...(mukasurat 30)

BEBERAPA PENERANGAN:

  • intaha "Ajaib" merujuk kepada kitab yang bernama "Ajaib" (diambil dari kitab Ajaib), begitu juga dengan intaha "Anthoki"
  • makna "betapa diistimalkan..." ialah terpulang kepada pemilik nak "guna/pakai" dengan cara mana sekalipun, samada letak dalam poket, buat cincin, buat kalung, buat subang, bubuh di tasbih dsb

Sekalung terima kasih kepada Tuan Fyezal yang mempertemukan dengan Ustaz Hassan sehingga tuan blog ini mendapat manfaat kitab ini. Semoga ilmu batu permata yang dipetik daripada kitab ini dapat dipanjangkan kepada pengunjung blog sekalian.

No comments:

Post a Comment