Pages

Tuesday, February 3, 2009

Cerita.... "Bertemu Ubat Dengan Penyakit"

Seorang hamba Allah pernah bercerita kepada tuan blog. Katanya "Dikehendaki-Nya...kayu & batu terpilih boleh menjadi sebagai sebab bagi sembuhnya penyakit". Terdapat satu kisah yang menarik berkaitan kenyataan ini. Beliau bercerita:

terdapat seorang hamba Allah yang telah mengalami satu penyakit misteri. Hampir puluhan bomoh, dukun, pawang dan perawat Islam telah dicuba untuk mengubati penyakitnya, namun masih belum sembuh (baca: belum diizinkan Allah untuk sembuh), malah terdapat pelbagai pendapat mengenai punca penyakitnya. Apabila hamba Allah ini bertemu dengan beliau, beliau mencadangkan supaya memakai gelang daripada kayu-kayu terpilih (seperti Teras Gemunggal/Kelor, Tempurung Kokka, Raja Kayu/Damar Minyak, Kemuning Hitam), dan hamba Allah tersebut bersetuju memakainya. Dijadikan sebab, dengan iradat-Nya Allah meyembuhkan penyakit misteri hamba-Nya itu. Kemudian, sanak saudara mereka juga memakai gelang daripada kayu-kayu terpilih seperti itu.

Ubat bagi sesuatu penyakit tidak tentu, mungkin dengan menggunakan ubat farmaseutikal, air tawar, rebusan akar-akar kayu, pucuk-pucuk kayu, bacaan-bacaan suci Al-Quran dan mungkin juga cincin, gelang atau tasbih daripada batu atau kayu-kayu terpilih. Dalam percakapan orang kampung dikatakan “nak jadi/cari sebab/sabit untuk sembuh”. Yang menyembuhkan adalah Allah swt.
*
*
RENUNGAN:
Dan daripada Abi 'Abdullah Radhiyallahu 'anhu bekata ia bahawasanya, seorang Nabi daripada Anbiya' sakit ia, maka katanya: "Tiada aku berubat hingga menyembuhkan dia aku oleh yang memberi sakit akan daku". Maka mewahyu Allah Azza wa Jalla kepadanya "Tiada Aku sembuhkan dikau hingga engkau berubat, maka bahawasanya sembuh daripada Aku dan ubat pun daripada Aku". Maka ini menunjuk atas bahawasanya tuntut suruh ikhtiar berubat daripada sakit dan yang menyembuhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala. [kitab al-jauhar, bab ke-36]
*
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment