Pages

Sunday, February 8, 2009

M/s 129-130 Bab Pada menyatakan Kelebihan Puasa, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

Dan daripada Abi Umamah Radhiyallahu’anhu, daripada Nabi Shalallahu’alaihi wassalam:” Barangsiapa menghidupkan 2 malam hari raya dengan mengerjakan ibadah, tiada mati hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.”

Dan riwayat Bazzar:

  • Barangsiapa menghidupkan beberapa malam yang lima, wajib baginya syurga malam tarwiah, iaitu malam yang kelapan daripada bulan haji, malam ‘Arafah, 2 malam raya dan malam Nissfu Sya’ban. Dan seorang-seorang pada menghidupkan malam itu sembahyang ‘Isya’ berjamaah dan sembahyang Subuh berjamaah
  • Dan barangsiapa berjalan ziarah kepada kubur bapanya atau ibunya pada hari raya, disurat Allah baginya denga tiap-tiap langkahnya itu akan kebajikan
  • Dan barangsiapa mengucup akan kepala dua ibu-bapanya pada hari raya dan memulia akan keduanya, dimulia akan dia oleh Allah Taala
  • Dan barangsiapa menghinakan orang fakir, dihina akan dia oleh 'pada hari qiamat dan tiada menilik ia akan dia
  • Dan barangsiapa menyeru akan orang fakir pada hari raya dan diberi makan dia suatu yang ia ingin akan dia, diberi akan dia oleh Allah Taala satu mahligai daripada nur dan Mutiara dan Yaqut, dan diberi makan akan dia daripada makanan syurga
  • Dan barangsiapa kembali daripada tempat sembahyang kepada tempat kediamannya dengan khusyuk dan ketetapan, diberi akan dia oleh Allah Taala pada hari qiamat dengan tiap-tiap langkahnya 10 kebajikan
  • Dan barangsiapa jatuh pada ma’siat hari raya, meyeru akan dia oleh Tuhan: “Tiadakah malu engkau daripada Aku, dan Aku menilik kepada engkau dengan rahmat dan kalimah sayang, dan engkau menjauh daripadaKu! Taubat olehmu kepadaKu, hai hambaKu! Aku ampunkan bagi kamu akan dosa kamu dan Aku jadikan dikau kekasihKu dan kekasih malaikatKu”.
  • Dan barangsiapa meluaskan atas dirinya dan atas ahlinya hari raya, diluaskan baginya oleh Allah Taala akan pintu kaya dan ditutpkan daripadanya akan pintu kepapaan.

No comments:

Post a Comment