Pages

Sunday, February 8, 2009

M/s 96-97 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Hari Jumaat, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

…Dan datang pada hadith bahawasanya Nabi Shalallahu’alaihi wassalam kemudian daripada sembahyang Subuh bersandar ia kepada mihrab maka sabdanya: “Hai segala Muslimin, apabila adalah pada hari Jumaat menyuruh Allah Ta’ala akan malaikat, maka datang mereka itu akan Baitul Ma’mur pada langit yang keempat adalah baginya empat penjuru;
  • satu penjuru daripada YBoldaqut yang merah
  • dan satu penjuru daripadaBold Zabarjad yang hijau
  • dan satu penjuru daripada emas yang merah
  • dan satu penjuru daripada perak yang putih

Maka naik Jibril ke atas manarah (menara) daripada perak. Dan adalah tingginya 500 tahun maka menyeru ia dengan bang, ialah permulaan orang bang. Kemudian naik malaikat Mikail ke atas mimbar daripada Yaqut yang merah, maka membaca khutbah ia atasnya kemudia turun ia sembahyang Jumaat dengan mereka itu dan berkata Jibril : ”Hai malaikat Tuhanku, aku mensaksi ia akan kamu bahawasanya aku jadikan pahala bang ini bagi umat Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalam. « Dan berkata Mikail : « Aku mensaksi akan kamu bahawasanya akan jadikan pahala sembahyang ini bagi umat Muhammad Shalallhu’alaihi wassalam. « Maka firman Allah Taala : »Adakah memurah kamu atasKu adan Aku tempat kemurahan, Aku mensaksi akan kamu bahawasanya Aku ampunkan bagi umat Muhammad Sahalallahu’alaihi wassalam. »

M/s 104 Bab Pada Menyatakan Kelebihan Hari Jumaat, AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

FAEDAH
Kata Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu’anhuma : « Bermula bertongkat itu daripada perangai anbiya’, dan adalah Nabi Shalallahu’alaihi wassalam bertongkat ia dan menyuruh ia dengan dia dan daripada Nabi Shalallahu’a laihi wassalam, sabdanya : »Bertongkat itu alamat orang mu’min dan sunnah anbiya ». Dan barangsiapa keluar musafir dan ada sertanya tongkat daripada kayu Lauz yang pahit, nescaya

  • diamankan dia oleh Allah Taala daripada sabu’, yakni binatang yang memberi mudharat
  • dan daripada pencuri yang menyengaja akan dia
  • dan daripada binatang yang mempunyai racun seperti ular dan kala hingga kembali ia kepada tempat kediamannya
  • dan adalah serta orang bertongkat itu 70 malaikat mengawali akan dia

Kata Hasan Bashri « Bagi bertongkat itu 8 perkara :

  • Sunnah anbiya’
  • Perhiasan bagi orang shulaha’ (orang-orang soleh)
  • Senjata atas seteru
  • Menolong ia akan orang yang dha’if
  • lari daripada empunyanya oleh syaitan
  • Merendahkan daripadanya oleh orang fajir yang jahat
  • Qiblat bagi empunyanya
  • Menguatkan dia apabila penat

Dan daripada Nabi Shallahu’alaihi wassalam: “Barangsiapa sampai 40 tahun umurnya dan tiada ia bertongkat dibilangkan dia daripada orang takabbur dan ‘ujub.” Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment