Pages

Monday, March 23, 2009

Kandungan Air Dalam Opal

Ia berada bersama dengan sfera silica (silica-rich water) bukan berada dalam ruang kekosongan (interstitial vacancy) antara sfera silica. Dengan kata lain, air tadi bergelumat dengan sfera silica tadi. Kesan daripada wujudnya kandungan air: Apabila Opal digosok-gosok untuk memanaskannya, terdapat sedikit perbezaan pada ‘Play-of-color’ akibat haba yang diserap oleh air dalam Opal tersebut. Apabila Opal terdedah kepada aliran udara dalam tempoh yang lama (dalam keadaan ekstrim), Opal menjadi lebih rapuh kerana kehilangan air. Apabila terdedah kepada haba dalam tempoh tertentu (dalam masa yang lama/ekstrim), Opal kemungkinan retak akibat kehilangan air. Apabila dipanaskan (dalam keadaan ekstrim), Opal akan terurai, dan boleh berubah menjadi Quartz kerana molekul air didalamnya telah hilang sepenuhnya. Disebabkan itu, merendam Opal dalam air putih seringkali dipraktikkan. Menyimpan opal dalam kotak cincin atau meletakkanya dalam udara terbuka tidak ada masalah bagi Opal, asalkan jangan dalam keadaan ekstrim. Kata seorang tukang buat cincin berpengalaman “ Opal ni rapuh…kalu terlebih ketuk masa kkemas kuku, Opal akan retak” terutamanya bagi Opal berpotongan marquise, iaitu pada kedua-dua hujungnya yang panjang, kecil dan agak tajam. Disebabkan sifatnya yang sedikit rapuh (conchoidal fracture) berbanding batu permata lain, maka perhatian yang amat teliti mesti diberikan semasa kerja-kerja mengikat permata Opal. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment