Pages

Sunday, March 1, 2009

SEDIKIT RINGKASAN TENTANG OPAL AUSTRALIA

Opal adalah Batu Kebangsaan Australia (Australia’s National Gemstone); diistihar pada 28 July 1993. Terdapat 4 kumpulan Opal, iaitu:
  • Precious Opal
  • Composite Opal
  • Synthetic Opal
  • Common Opal

Precious Opal mempunyai sifat ‘Play-of-color’ dan terbahagi kepada 6 subkumpulan, iaitu:
  • Boulder Opal: Dijumpai di kawasan Queensland. Opal dengan sifat Play-of-Color berada di cecelahan batu lain (host rock) yang berlainan komposisi kimianya.
  • Matrix Opal: Dijumpai di kawasan Andamooka, South Australia. Opal dengan sifat Play-of-color memenuhi dan dikelilingi oleh partikel bebatuan pasir.
  • Light/White Opal: Opal yang mempamerkan sifat ‘Play-of-color’ diatas latarbelakang batu/body yang bertona putih/cerah/terang
  • Black Opal: Opal yang mempamerkan sifat ‘Play-of-color’ diatas latarbelakang batu/body yang bertona hitam
  • Dark Opal: Opal yang mempamerkan sifat ‘Play-of-color’ diatas batu bertona gelap atau kelabu
  • Crystal Opal: Apabila sesuatu opal itu telus hingga separa telus cahaya dan dengan sifat ‘Play-of-color'(semua Opal diatas adalah semulajadi)
Composite Opal terbahagi kepada 2 subkumpulan, iaitu:
  • Doublet Opal: Mengandungi 2 lapisan. Satu lapisan ‘natural opal’ pada bahagian atas disatukan/digamkan keatas satu lapisan bahan berwarna gelap pada bahagian bawah
  • Triplet Opal: Mengandungi 3 lapisan. Satu lapisan ‘natural opal’ disatukan/gamkan diantara satu lapisan bahan yang telus cahaya pada bahagian atas dan satu lapisan bahan yang gelap pada bahagian bawah
Synthetic Opal ialah opal yang dihasilkan olah manusia tetapi mempunyai komposisi kimia yang sama dengan ‘natural opal’. Antara negara penghasil ialah Jepun.
Common Opal (atau dikenali sebagai “Potch”) ialah ‘natural opal‘ yang tidak mempunyai sifat ‘Play-of-color’. Kebiasaannya adalah legap. Ada pelbagai nama berdasarkan sifat yang ada padanya. Antaranya dikenali dengan nama Agate Opal, Angel Skin Opal, Wood Opal, Honey Opal, Hyalite, Hydrophane, Porcelain Opal, Moss Opal, Girasol, Prase Opal & Wax opal.

Kebanyakan Precious Opal dilombong di Australia. Antara lombong yang ternama ialah:
  • Coober Pedy, SA
  • Andamooka, SA
  • Mintabie, SA
  • Lightning Ridge, NSW
  • White Cliff, NSW
  • Quilpie, Yowah, Hungerford, Bull Creek, Opalton – kawasan Queensland
Opal terbaik Australia dikatakan datangnya dari lombong Lightning Ridge, NSW.
TAMBAHAN

Sesetengah sumber membahagikan Opal kepada 3 kumpulan iaitu Precious Opal, Yellow-Red Fire Opal & Common Opal. Sumber lain membahagikan Opal kepada 2 kumpulan sahaja iaitu Precious Opal & Common Opal, yang mana Yellow-Red Fire Opal dengan sifat ‘Play-of-color’ dikira termasuk dalam kategori Precious Opal. Ini kerana Fire Opal terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu satu kumpulan yang mempunyai sifat ‘Play-of-color’ dan satu kumpulan lagi yang tidak mempunyai sifat ‘Play-of-color’. Fire Opal yang mempunyai sifat ‘Play-of-color’ tergolong sebagai Precious Opal, manakala Fire Opal yang tidak mempunyai sifat ‘Play-of-color’ ini tergolong dalam Common Opal. Fire Opal darisegi definisinya ialah “Opal yang mempunyai warna kuning-keorenan hingga warna merah menyala” manakala Precious Fire Opal ialah “Opal yang mempunyai warna kuning-keorenan hingga warna merah menyala dan dengan sifat Play-of-color”. Fire Opal lebih terkenal di Mexico. Fire Opal kebanyakkannya tidak mempamerkan sifat Play-of-color. Pembahagian kepada 2 kumpulan Opal adalah lebih dominan.
  • Sesetengah sumber membezakan antara Black Opal dengan Dark Opal, setengah yang lain menyebut Dark Opal tergolong dalam Black Opal.
  • Hardness Opal paling rendah 4.5 dan paling tinggi 6.5 dalam skala Mohs, kebiasaan hardness opal ialah 5.5
  • Opal masih mengandungi air iaitu paling rendah 3% dan paling tinggi 21% daripada beratnya (sumber lain menyebut kandungan air dalam Opal adalah 3% hingga 30% daripada beratnya) Kebiasaan kandungan airnya berada dalam 6% hingga 10% daripada beratnya (sumber lain menyebut 3% hingga 10%).

  • Wallahu'alam.

    No comments:

    Post a Comment