Pages

Monday, April 6, 2009

"Hukum Akal"

Suatu ketika dahulu, tuan blog pernah bertanya kepada seorang penjual batu (merangkap guru batu permata tuan blog) yang berpengalaman menjual batu lebih daripada 20 tahun, serta mempunyai pengalaman sendiri mencari batu permata disempadan Thailand-Burma…tentang pengalaman peribadi beliau tentang khasiat batu permata. Setelah 'semacam' didesak beberapa kali, dengan agak berat untuk bercerita beliau bercerita:

Seorang sahabat beliau pernah memberitahunya bahawa seorang tok guru pernah memberitahu bahawa antara khasiat batu delima merah (ruby) ialah “mati tidak berdarah”. Kemudian selang masa yang agak lama, datang seorang hamba Allah (umur dalam lingkungan separuh abad) ke tempat beliau berniaga. Hamba Allah ini menceritakan bahawa dia telah mengalami suatu kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kereta yang dia naiki remuk, tetapi dikehendaki-Nya dia selamat. Hamba Allah itu juga menunjukkan batu delima merah (ruby) yang beliau pakai semasa kejadian tersebut berlaku. Maka, kata penjual batu itu …“Hukum Akal” (sambil jari telunjuknya ditunjukkan kearah kepalanya) mengesahkan akan kata-kata sahabatnya yang diberitahu oleh tok guru tersebut, wallahu’alam.

Apabila ditanya makna “mati tidak berdarah”, beliau berkata itu kena fikir sendiri.
  • Setiap yang bernyawa pasti mati, sebab atau cara meninggal dunia ada bermacam-macam.
  • Setiap sesuatu ada sebab dengan sebab.
  • Tidak ada musibah yang menimpa kecuali dengan izin Allah.
  • Sesuatu tidak akan menimpa kalau bukan taqdirnya.

Tambahan:

  • Teknik mencari batu disempadan Thai-Burma ialah dengan menggali tanah, menghancurkan ketulan tanah dan menggayaknya
Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment