Pages

Sunday, April 19, 2009

“KELEBIHAN-KELEBIHAN…” daripada kitab Al-Jauhar

FADHILAT SEDEKAH

Bermula mereka yang menafkahkan harta mereka itu dengan malam dan siang tersembunyi dan nyata, maka bagi mereka itu pahala pada tuhan mereka itu dan tiada ketakutan atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita” (Al-Baqarah: 274)

  • Dan lagi sabda Nabi Shallahu’alaihi wasalam: “Tiada daripada seorang lelaki bersedekah pada suatu hari dan pada suatu malam melainkan dipeliharakan dia daripada mati ladghah, yakni digigit binatang atau daripada mati hadmah, yakni mati dengan runtuh rumah atau mati terkejut
  • Sabda Nabi Shallahu’alaihi wasalam: “Bermula sedekah itu menegah ia akan kelakuan mati yang jahat seperti terbakar api atau tenggelam air
  • Sabda Nabi Shallahu’alaihi wasalam: “Bermula sedekah yang tersembunyi itu memadamkan akan murka Tuhan. Dan sedekah yang nyata itu dinding daripada api neraka
  • 10 perkara terpuji terkandung dalam sedekah: Kata ulama’, bahawasanya sedekah itu 10 perkara kepujiaannya; 5 perkara pada dunia dan 5 perkara di dalam akhirat. Maka adapun 5 yang didalam dunia: (1) Menyucikan hartanya (2) Menyucikan badannya (3) Menolakkan bala’ dan penyakit, seperti sabda Nabi Shallahu’alaihi wasalam “Ubatkan olehmu akan yang sakit daripada kamu dengan sedekah” (4) Memasukkan kesukaan atas segala miskin dan memasukkan kesukaan atas orang mu’minin itu terlebih afdhal ‘amal (5) Berkat pada hartanya dan meluaskan rezekinya, firmanNya “…dan barang yang kamu nafkahkan daripada suatu, maka iaitu digantikan dia” (surah Saba’:39). Dan yang 5 didalam akhirat itu: (1) Adalah ia menaungkan bagi empunyanya pada hari qiamat pada waktu yang sangat panas (2) Ringan hisabnya (3) Memberatkan timbangannya (4) Melalukan atas shirathul mustaqim (5) Bertambah darjat di dalam syurga
  • Orang ber’aqal gemar bersedekah: Dan jikalau tiada di dalam sedekah itu kelebihannya melainkan doa’ orang miskin jua adalah sebenarnya bagi orang yang ber’aqal gemarlah ia padanya. Dan betapa hal, dan ada di dalamnya keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan menolakkan bala’ dan menolakkan mati di dalam kejahatan dan membencikan syaitan.
  • Sedekah menutup bermacam-macam pintu keburukan: Dan sabda Nabi Shallahu’alaihi wasalam “Bersedah itu menutup ia akan 70 pintu daripada kejahatan”. Dan pada setengah riwayat: “Sedekah itu menegah ia akan 70 bagai daripada bala’, sekurang-kurangnya penyakit judzam (kusta) dan barash (sopak)”. Ini setengah daripada barang yang diajar akan Allah Ta’ala bagi NabiNya daripada ‘ilmu Thib Ar-Ruhani (‘ilmu tabib kerohanian) yang lemah daripada mendapat akan dia oleh makhluk.
  • Kata ‘Azizi daripada Suyuthi: “Bermula zikrullah itu afdhal daripada sedekah dan iaitu pula menolakkan bala’

Rujukan kembali kepada kitab Al-Jauhar m/s 165-177.

No comments:

Post a Comment