Pages

Friday, May 1, 2009

Alexandrite

  • Keluarga mineral: Tergolong dalam keluarga Chrysoberyl bersama-sama Cymophane (Batu Mata Kucing asli – Chrysoberyl Cat’s Eye). Bila disebut “Cat’s Eye” maka ia merujuk kepada Cymophane/Chrysoberyl Cat’s Eye; inilah batu yang dirujuk dengan makna asal istilah “Cat’s Eye”. Lain-lain jenis batu yang ada sifat Cat’s Eye akan diletakkan “nama batu + Cat’s Eye” seperti Quartz Cat’s Eye dan Prehnite Cat’s Eye.
  • Lokasi dijumpai: Pergunungan Ural di Russia, Sri Lanka, Andhra Pradesh di India, Brazil, Burma, Madagascar, USA, Tanzania dan Zimbabwe
  • Sifat: Berwarna hijau (atau berwarna kekuningan dan pink) dibawah panahan cahaya matahari dan berwarna merah (atau merah seperti bunga Columbine atau seperti merah buah Raspberry atau seperti merah buah Cherry) dibawah suluhan lampu artificial incandescent light.
  • Kualiti: Kristal Alexandrite yang flawless FL (berketelusan terbaik, tidak retak/raka, bersih dalaman batunya) dengan warna "hijau zamrud" (emerald green) dan mempunyai perubahan warna yang paling terang/nyata dikira sebagai Alexandrite paling berkualiti. Kebanyakkan spesimen Alexandrite yang terbaik serta bersaiz besar adalah dari pergunungan Ural di Russia. Alexandrite berkualiti yang baik tetapi bersaiz kecil dijumpai di Zimbabwe. Alexandrite dari kedua tempat ini dikatakan berada pada ranking tertinggi dalam kategorinya. Alexandrite Cat’s Eye iaitu chrysoberyl yang bertukar warna dan mempunyai sifat mata kucing adalah sangat-sangat jarang (great rarity).
  • Rekod: Spesimen Alexandrite yang terbesar dijumpai ialah seberat 1876ct, dijumpai di Sri Lanka. Permata Alexandrite yang terbesar selepas dipotong ialah seberat 66ct dari Russia, dan disimpan di Smithsonian Institution, USA.
Buat masa sekarang, tuan blog mendapat sedikit sumber Alexandrite dari Zimbabwe yang belum dicanai (rough). Batunya tidaklah berkualiti, tetapi bolehlah untuk disimpan sebagai koleksi bagi yang sesiapa yang berminat. Tuan blog memilih batu-batu Alexandrite yang paling telus dan paling elok pertukaran warnanya daripada simpanan pemilik asal yang berat keseluruhannya tidaklah sampai 200g. Best Price! – harga beli borong pada masa currency exchange yang agak rendah.


TAMBAHAN:“Emerald Green” (kata nama, kata sifat)Emerald green” adalah sejenis pigment berwarna dengan nama kimianya “Copper (ll)-Acetoarsenite” yang secara kimianya tidak stabil dan sangat beracun. Dihasilkan secara tindakbalas sodium arsenite dengan copper (ll)-acetate. Kandungan arsenic boleh jadi sebab membawa kepada maut. Berwarna “hijau-kebiruan hingga hijau, yang terang dan menawan” yang tersendiri baginya. Digunakan sebagai bahan catan/pewarna, bahan yang memberi warna dalam pertunjukkan bunga api, dan sebagai racun pembunuh serangga dan binatang perosak. Diterokai seawal tahun 1808 di Jerman (secara rasminya tahun 1814) dan digunakan sehingga tahun 1960-an. Nama lain bagi “emerald green” ialah: Schweinfurter Grun (Jerman), Vert Veronese (Perancis), Vert de Schweinfurt (Perancis), Verde di Schweinfurt (Italy), Paris Green, Veronese Green, Schweinfurt Green, Victoria Green. Apabila disebut “Emerald Green” kepada sesuatu objek berwarna hijau dengan maksud kata sifat, maka ia memerihalkan objek tersebut dengan rupa warna hijau bahan kimia ini. Titih asal perkatan “emerald green” juga dari perkataan batu zamrud “smaragdus”.

Rujukan: sumber lisan, internet & buku2.

No comments:

Post a Comment