Pages

Tuesday, May 12, 2009

Hikayat Batu Firuz & Seputar Khasiatnya

Batu Firuz nampak “kurang memukau” dek warna-warna yang sekadar sahaja, urat-uratnya yang agak kasar serta tidak menentu. Batu Firuz dikatakan untuk pakaian orang yang berumur 40 tahun keatas sahaja, dan sebenarnya ianya bukan larangan mutlak begitu. Sejarah batu Firuz sedikit sebanyak tuan_blog paparkan disini, disamping selingan khasiatnya. Tulisan ini berdasarkan sumber lisan yang tuan_blog korek daripada orang tua-tua. Kisah-kisah sebegini jarang didengari lagi pada zaman sekarang.



  • Versi per-1: Batu Firuz merupakan “tahi sejenis burung” yang mendiami bumi ini sebelum diturunkan Nabi Adam a.s. Sebelum Nabi Adam a.s menjadi khalifah dimukabumi, bumi ini didiami dan diperintah oleh pelbagai makhluk Allah silih berganti – dari jenis haiwan, jin, dewa dsb wallahu’alam. Semua mereka ini tidak melakukan kerosakkan terhadap bumi yang didiami mereka pada masa itu. Tetapi apabila sampai kepada golongan manusia akhir zaman, dengan kecanggihan teknologi yang dicapai mereka mengebom sana sini atas pelbagai tujuan. Berbalik semula kepada kisah burung tadi, mereka tinggal disuatu tempat bernama “Bukit Firuz” dikatakan terletak dikawasan Iran-Afghanistan sekarang ini. Disinilah tempat mereka akan kembali untuk tidur, beranak-pinak dan berak setelah terbang bebas mengelilingi dunia atas tujuan masing-masing. Tahi yang diberak oleh mereka inilah bertukar menjadi batu Firuz, dan warna asal “batu tahi burung” ini ialah “Hijau berjalur/berurat Hitam”. Khasiat batu Firuz ada 2 yang utama iaitu (1) Untuk penawar racun dengan Izin-Nya (2) Untuk kebaikkan urat saraf- dikehendaki-Nya tubuh badan kita akan berasa segar/kuat dengan memakainya. Seorang hamba Allah dekat kampung tuan_blog pernah bercerita, berlaku dalam 15 tahun dahulu, bertempat di Stesen Keretapi Manek Urai, Kelantan. Terdapat seorang hamba Allah yang telah pengsan kerana tersilap minum racun getah yang disangkanya air masak. Menemani bersamanya ialah sahabat handai dan ahli keluarganya. Mereka sedang menunggu ketibaan keretapi untuk mendapat rawatan di Hospital Kuala Krai. Keretapi ada waktunya baru sampai di stesen. Kebetulan ada seorang tua berada berdekatan, lalu bertanya khabar hal yang berlaku apabila didapati ada orang yang pengsan. Berat mata memandang berat lagi tubuh menanggung. Sebagai ikhtiar, dengan izin ahli keluarga hamba Allah yang pengsan tersebut, orang tua tersebut mencabut cincin batu Firuz pada jarinya lalu dimasukkan kedalam mulut hamba Allah yang pengsan tadi. Dalam masa 15 minit, dikehendaki-Nya, hamba-Nya yang pengsan tadi telah tersedar tetapi dalam keadaan masih lemah, namun lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Setelah keretapi sampai, hamba Allah itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan selanjutnya.


  • Versi ke-2: Dikisahkan bahawa batu Firuz ialah “batu burung Ababil” yang menyerang ketumbukan tentera bergajah Abrahah. Apabila batu tersebut terkena atas mereka, jadilah mereka seperti “daun dimakan ulat”. Dikisahkan bahawa burung-burung Ababil adalah para malaikat yang diperintahkan atas rupa burung dalam misi bantuan dari langit tersebut, dan dikisahkan batu tersebut adalah anak batu dinding syurga ke-7 (jannatu ‘Adn). Sumber lain, batu burung Ababil berasal dari neraka.
    TAMBAHAN:
    Aku batu burung Ababil, ambillah aku sebagai senjatamu”. Nabi Daud a.s menggunakan 3 biji sahaja batu burung Ababil untuk mengalahkan Jalut dengan izin Allah. Dikatakan tiada sesiapapun yang mengenal batu burung Ababil ini, melainkan apabila sampai ketika perintahkan-Nya dan petunjuk-Nya sebagaimana kisah Nabi Daud a.s.


  • Versi ke-3: Batu Firuz asalnya ialah “tahi sejenis burung” yang dipelihara oleh para wali. Berkat keramat mereka, tahi burung tersebut menjadi batu Firuz. Antara khasiatnya ialah untuk memulih, menguat dan melancarkan perjalanan darah seluruh badan.

Pokok Kelor/Gemunggar, Kemuning dll juga mempunyai sejarah mereka dalam versi tersendiri. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment