Bagi Cincin Berpermata Batu/Kayu/Besi dll Yang Berkalimah Allah (dll) atau Yang Telah Diisitambah Dengan Doa, Zikir dan Ayat Quran Berserta Solat Hajat
- Bagi batu/kayu/besi dll yang memang terang-terangan ‘berkalimah’ semulajadi yang Dia jadikan, atau bentuk ‘kalimah’ itu samar-samar tetapi ‘diniatkan/diyakini’ oleh pemilik tersebut sebagai ‘kalimah’; maka permata ini tidak boleh dibawa masuk tandas atau dibuat remeh pemakaian dan penjagaannya. Begitu juga halnya bagi batu/kayu/besi dll yang diukir, dibentuk atau ditatahkan supaya membentuk ‘kalimah’.
- Bagi batu/kayu/besi dll yang telah diisitambah dengan doa, zikir dan ayat Quran berserta solat hajat – ada pelbagai pendapat: Bagi tuan blog, ianya juga tidak boleh dibawa masuk tandas, dilangkah, dicampak dsb. Kaedah mengisi doa, zikir dan ayat Quran ada pelbagai berdasarkan orang yang mengisi, dan keputusan boleh atau tidak boleh bawa masuk tandas kena rujuk kepada guru yang mengisi batu/kayu/besi tersebut. Pemakaian dalam keadaan darurat seperti ‘terpaksa kena masuk tandas’ mengikut cara masing-masing. Selain istilah ‘isitambah’ ada pelbagai istilah lain mengikut tujuan, kaedah dan pemahaman berkaitannya.
- Bagi batu/kayu/besi yang tidak berkalimah atau yang tidak diisitambah dengan doa, zikir, ayat Quran (iaitu hanya yang asal sahaja) – ada pelbagai pendapat: Bagi tuan blog tidak mengapa dibawa masuk tandas, tetapi jika tidak mahu membawa masuk dikira lebih baik; tidak ada bebenan. Seeloknya masukkan dalam poket/beg dahulu sebelum masuk kedalam tandas.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment