Kandungan emas bagi barang kemas diekpresikan dengan istilah ‘carat’ dan kadang-kadang dieja ‘karat’. Ianya difahami sebagai per 24 bahagian. Sebagai contoh, emas 18 carat (18ct) sebenarnya terdiri daripada 18 bahagian emas dan 6 bahagian aloi [18 + 6 = 24]. Contoh lain, emas 22ct ialah terdiri dari 22 bahagian emas dan 2 bahagian aloi [22 + 2 = 24].
Istilah Emas/Gold 9ct, 18cts atau 22ct adalah penggunaan standard di negara barat. Dalam masyarakat kita biasa didengari emas 10, emas 916, emas 750 dan sebagainya. Sebagai contoh:
- Emas 10 ialah 24/24 x1o = 10 [per 10]. Sama dengan 24/24 x 100 = 100%. [per 100] Sama dengan 24/24 x 1000 = 1000 [per 1000]. Sama dengan Emas/Gold 24ct. Iaitulah emas tulen 100%.
- Emas 916 ialah 22/24 x 10 = 9.16 [per 10]. Sama dengan 22/24 x 100 = 91.6% [per 100]. Sama dengan 22/24 x 1000 = 916 [per 1000]. Sama dengan Emas/Gold 22ct.
- Emas 750 ialah 18/24 x 10 = 7.5 [per 10]. Sama dengan 18/24 x 100 = 75% [per 100]. Sama dengan 18/24 x 1000 = 750 [per 1000]. Sama dengan Emas/Gold 18ct.
No comments:
Post a Comment