Pages

Sunday, July 19, 2009

Tujuan Tumbesaran Kristal Dalam Makmal

Antaranya:
  • Sebagai batu permata samada sintetik/simulant/imitation/produk artifisal
  • Digunakan dalam industry laser
  • Digunakan dalam industry jam (seperti jenama Orient Quartz) atau microelectronics (sebagai Oscillator)
  • Digunakan sebagai alatan dalam industry fabrik

Lain-lain tambahan:
  • Natural Quartz digunakan sebagai Oscillator sebelum digantikan dengan sintetik Quartz. Natural Quartz juga digunakan dalam bidang lense dan prisms
  • Majoriti “permata” adalah mineral. Mineral dalam bumi yang telah dikenalpasti adalah sekitar 4000 jenis. Sekitar 50-60 jenis mineral sesuai sebagai ‘permata’. Setiap elemen yang membina mineral tersebut (bersama definisi mineral) mempunyai kegunaannya yang tersendiri dalam bidang kejuruteraan, perubatan, kosmetik dsb. Sebagai contoh:
  1. Barium sulfate daripada mineral Barite: Ditelan bagi oleh pesakit gastrointestinal bagi menyorot (menonjol/menanda/menyerlahkan) kawasan yang bermasalah dalam proses x-ray.
  2. Plaster of Paris untuk menyimen kaki pesakit diperbuat daripada Gypsum: 75% perlombongan Gypsum dunia adalah untuk membuat plaster of Paris.
  3. Melanterite digunakan untuk membersihkan (purify) air dengan memisahkan partikel-parkel halus kelodaknya.
  4. Boron compound (daripada mineral kernite dan colemanite) ditambahkan dalam steel untuk menguatkannya; digunakan dalam membuat badan kereta kebal, yang merupakan super-hardened steel.
  5. Mineral Apatite adalah sumber utama phosphorus, digunakan sebagai kepala ggesek/mancis.
  6. Arsenic daripada mineral pharmacosiderite antaranya digunakan sebagai racun. Sebagai contoh, kematian Napolean selepas lebih 4 tahun terlantar disebabkan oleh arsenic. Arsenic tersebut digunakan sebagai pigment hijau dalam catan dinding biliknya.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment