Pages

Saturday, August 8, 2009

Aquamarine

Aquamarine ialah ‘Blue Beryl’ sama adik-beradik dengan Zamrud ‘Green Beryl’. Kalau diibaratkan ‘beryl’ itu sebagai sebuah rumah…maka kedua-duanya adalah rumah yang sama design, sama struktur, sama bahan yang membuatnya, sama habit dsbnya…cuma luaran & dalamannya dicatkan berlainan.

‘Cat’ (trace element) bagi Aquamarine ialah Fe2+, manakala ‘cat’ (trace element) bagi Emerald/Zamrud ialah Chromium atau Vanadium atau kehadiran kedua-duanya sekali.

Sebagaimana dalam ‘dunia permata’ yang terdiri daripada pelbagai mineral, spesis serta variasinya yang mana semuanya itu sesuai untuk diikat dengan logam berharga (perak dsb) untuk dibuat perhiasan nan indah dijari dsbnya; ‘dunia manusia’ juga diciptakan oleh Allah SWT berbagai-bagai bangsa dan keturunan untuk berkenalan antara satu sama lain dan hukum-Nya adalah sesuai untuk semua makhluk-Nya. Semua itu menunjukkan kekayaan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment