Pages

Saturday, August 1, 2009

“Semua Perkara Dengan Kehendak Allah”

Untaian kalimah antara Nabi Allah Khidir as dengan Nabi Allah Ilyas as pada tiap-tiap tahun di 'Arafah apabila mereka hendak berpisah selepas mereka saling mencukur sesama mereka, dapat menerangkan lagi hal diatas:
  • Dengan nama Allah, semuanya dengan kehendak Allah, tiada yang menarik kebaikan melainkan Allah
  • Dengan nama Allah, semuanya dengan kehendak Allah, tiada yang menolak kejahatan melainkan Allah
  • Dengan nama Allah, semuanya dengan kehendak Allah, segala kenikmatan adalah daripada Allah
  • Dengan nama Allah, semuanya dengan kehendak Allah, tiada yang mendatangkan kebajikan melainkan Allah
  • Dengan nama Allah, semuanya dengan kehendak Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah

Fadhilat untaian “Bismillah Masya Allah” atau “Bismillah 5” ini ialah:

“Maka barangsiapa membaca akan dia pagi-petang tiga-tiga kali, dipeliharakan dia daripada tiap-tiap bala’, kebinasaan, daripada seteru, orang zalim, sultan yang zalim, syaitan, ular, kala, terbakar, tenggelam air dan daripada kena curi. Dan jika dibaca akan dia pagi-pagi, sentosa ia hingga petang. Dan jika dibaca akan dia petang-petang, sentosa ia hingga pagi. Dan tiada membaca akan dia seorang pada hari ‘Arafah 100 kali melainkan menyeru akan dia Allah Ta’ala: “Hai hambaKu, telah engkau meredhai akan Daku dan Aku redha daripada engkau. Minta olehmu akan Daku barang yang engkau kehendaki dan demi kemuliaanKu, sungguhnya Aku beri akan dikau”
***
Namun, manusia diberi akal untuk berfikir dan tulang 4 kerat untuk melakukan usaha/bekerja.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment