Pages

Sunday, September 6, 2009

[Kod: ZT11] Fossil Kayu Jadi Batu "Peanut Wood" & Araucaria Australia.....RM400 (Tidak termasuk pos)






  • Dijual sepasang. Spesimen ini asalnya tidak dipamerkan kepada umum oleh tuan kedai, kerana nalurinya seolah berkata supaya menyimpannya sendiri, tambahan pula ianya spesimen yang lebih berkualiti daripada ketulan2 yang lain.
  • Yang besar dipanggil "Peanut wood" dan yang kecil adalah Araucaria tanpa panggilan khusus (spt yang lain2). "Peanut wood" masih mempunyai pusat kayu dan gelang2 kayu yang masih tersusun rapi dan terdapat bahagian yang agak translucent.
  • "Peanut wood" juga merupakan Araucaria. Gelaran "peanut" diberikan kerana terdapat inclusion bahagian warna putih (juga silica) seperti susunan kacang tanah. Bahagian warna putih ini adalah bekas lubang dimakan oleh sejenis "cacing laut" atau 'shipworm' dengan nama saintifiknya "Toredo worm". Spesis "cacing laut" ini juga yang sering menebuk kapal2 kayu dijeti.
  • Daripada kajian ahli sains: Suatu ketika dahulu, Araucaria "peanut wood" yang tumbuh agak berhampiran laut telah terdampar; kemudian dalam tempoh waktu tertentu yang lama bumi telah berubah -kawasan darat dinaiki air laut- telah meneggelamkan kayu balak Araucaria ini; pada waktu inilah spesis "shipworm" ini mengorek batang balak ini; kemudian bumi telah berubah lagi -dasar laut naik menjadi darat- dalam tempoh itu proses sedimentasi telah berlaku; proses pengantian sel (terdiri daripada lignin dan selulose) Araucaria oleh silica telah mengambil tempat didalam tanah. Usia "peanut wood" adalah sekitar 100juta tahun mengikut kajian pengkaji.
  • Spesimen "peanut wood" diatas hanya terdapat sedikit sahaja bahagian putih bekas lubang dimakan oleh "cacing laut" tersebut. Pendek kata, "peanut wood" adalah Araucaria yang hidup agak hampir dengan kawasan pesisir laut dalam tempoh 100juta tahun dahulu.
note: sebagaimana diterangkan kepada tuan blog.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment