Pages

Saturday, September 12, 2009

PERBINCANGAN: Spesimen “fossil kayu jadi batu” vs “akik yang menyerupai urat/tona kayu”.

Disini saya menggunakan istilah “fossil kayu jadi batu”. Antara fakta asas secara umum yang membezakan antara spesimen “fossil kayu jadi batu” dengan “akik yang menyerupai urat/tona kayu” ialah:
  • Struktur dalaman fossil kayu jadi batu terdiri dari “sel demi sel” dan “gelang demi gelang” sebagaimana struktur binaan yang ada pada batang pokok. Sebaliknya, struktur akik tidak pernah diketahui atau dijumpai mempunyai struktur seperti diatas terutamanya stuktur susunan “sel demi sel”. Akik mempunyai stuktur “banding” tetapi langsung tidak sama dengan struktur “gelang pokok kayu” seperti yang ada pada fossil.
  • Struktur “sel demi sel” paling jelas dilihat dibawah mikroskop (atau SEM) manakala struktur “gelang demi gelang” sudah boleh dilihat dengan mata kasar. Gambar “sel demi sel” dibawah mikroskop (atau SEM) inilah dapat menafikan sesuatu specimen itu adalah “fossil kayu jadi batu” dan bukan akik. Akik tidak pernah dijumpai mempunyai stuktur halus “sel demi sel”.
  • Struktur umum “fossil kayu jadi batu” boleh dikenalpasti secara pandangan kasar daripada “struktur keratan rentas” dan “struktur belahan memanjang” fossil itu sendiri. Akik tidak mempunyai struktur seperti ini; manakala apa yang ditunjukkan oleh fossil tadi adalah ‘sempurna’ persis seperti ciri batang pokok hidup samada diperiksa secara kasar atau secara cermat.
  • Struktur atau bentuk luaran fossil seperti “kulit kayu” dan “pusaran kayu”. Sifat seperti ini tidak ada pada akik. Kebetulan mungkin ada hampir sama secara pandangan kasar tetapi 'tidak' jika diperiksa secara halus/cermat.
  • Selain itu, bentuk fossil semasa ditemui juga adalah dalam bentuk seperti batang kayu kebanyakkan. Akik tidak ditemui dalam bentuk ini.
  • Tambahan pula “fossil kayu jadi batu” bersifat opaque/legap terbentuk daripada proses “pengantian” (bukan “bertukar”) iaitu “bentuk dan stuktur elemen kayu telah dipelihara oleh silicon dioxide dan juga mineral lain”. Manakala akik bersifat lebih translucent (lek-ik cahaya) kerana “akik terbentuk daripada proses pengkristalan”.

Fakta lain:
  • Secara purata dan sekata penemuannya bagi sebatang kayu yang mengalami petrification/ silicification/fossilization, majoriti bahagian kayu tersebut atau secara lebih saintifiknya sedikit ‘majoriti sel demi sel kayu’ tersebut digantikan oleh silica (SiO2 Silicon dioxide).
  • Namun, terdapat bahagian tertentu pada batang kayu tersebut yang menjadi akik. Disebut “agatised pocket within silicification wood” kerana tempat-tempat yang menjadi akik ini sedikit/kecil sahaja iaitu biasanya berlaku pada “lubang, rekahan atau gerongga” (tempat tiada struktur sel) yang ada dalam batang kayu tersebut; lain-lain bahagian "sel demi sel"nya digantikan oleh silica.
  • Apabila sesuatu bahagian itu menjadi akik, maka bahagian tersebut secara automatik tidak mempunyai (atau hilang) struktur “sel demi sel dan gelang demi gelang” tadi [fakta umum no.1 & 2 diatas], dan bahagian tersebut berubah menjadi transculent [fakta umum no.6 diatas].
  • Disebabkan itu, tidak benar dikatakan specimen kayu jadi batu sebenarnya akik yang menyerupai urat/tona kayu. Disebabkan itu juga dikatakan “akik tidak pernah ada struktur sel demi sel” ini (pengesahan dilakukan dibawah mikroskop/SEM).
  • Selain itu, secara adatnya “tidak mungkin untuk akik membentuk atau berubah urat/tonanya menjadi seperti struktur kayu” tetapi untuk “struktur kayu jadi batu berubah menjadi akik adalah mungkin dalam keadaan tertentu (dibawah haba, tekanan tinggi dsbnya dalam tempoh masa tertentu), namun jika ini berlaku…struktur sel demi sel dan gelang demi gelang pula akan hilang” dan jika diandaikan specimen sebatang pokok seperti ini dijumpai, penemu/pengkaji mungkin terfikir-fikir ‘..rupa persis sebatang pokok tetapi didalamnya tiada struktur langsung seperti gamaknya struktur dalaman pokok..pokok spesis barukah ini?”
  • Daripada satu sumber, perkaitan antara "fossil kayu jadi batu" dengan "akik": Apabila dijumpai satu spesimen "akik" tetapi ada sedikit rupa seperti struktur kayu, persoalan yang timbul ialah "adakah akik ini asalnya (serpihan/bahagian)kayu?".

Kesimpulan
  • Daripada data/fakta/penemuan/kajian para pengkaji, dirumuskan bahawa “struktur sel demi sel dan gelang demi gelang seperti struktur dalaman pokok hanya ditemui pada fossil kayu jadi batu” dan dikatakan secara adatnya “..tidak ada sifat ini pada akik” namun “harus pada hukum akal akan kewujudannya sebab Allah Maha Berkuasa membuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya”.

TAMBAHAN:
  • Silica yang mengantikan sel demi sel” dan “akik yang kekadang terbentuk dalam fossil kayu jadi batu” kedua-duanya tergolong dalam Quartz. Maka sebenarnya kita boleh mengatakan “fossil kayu jadi batu” itu adalah Quartz secara umumnya.
  • Sifir pengkristalan: “Semakin perlahan proses pengkristalan berlaku, maka semakin besar kristal dapat dihasilkan, dan semakin cantik (lutcahaya/transparen) lah kristal tersebut”. Pengajaran dari sunnahtullah ini “usaha perlahan-lahan takpa, asalkan stabil…insyaAllah keputusan lebih baik” atau boleh dikatakan “cepat naik cepat jatuh.. walupun pada pandangan kasarnya nampak elok pada ‘kepantasan’ tersebut” ataupun "..jagan gelojoh".
  • Untuk makluman, specimen kayu jadi batu ini saya ambil daripada seorang gemmogist dan merupakan salah seorang tenaga pengajar bertauliah batu permata di WA. Keluarganya merupakan pencari "fossil kayu jadi batu" di Zimbawe/Afrika. Disamping itu seorang abang beliau merupakan salah seorang sidang pengarang buku "fossil kayu jadi batu" yang dikira buku terbaik didunia, memuatkan lebih 1000 gambar spesimen termasuk gambar struktur "sel demi sel" dibawah mikroskop/SEM; edisi terbaru hardcover tidak dijual dalam pasaran.

Note: sebahagian intipati jawapan yang ditanyakan oleh tuan blog kepada hamba Allah tersebut.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment