Pages

Sunday, October 18, 2009

DEFINISI: PERMATA SINTETIK, IMITATION, SIMULANT & PRODUK ARTIFISAL

Permata Sintetik (Tiruan): Ialah permata yang dibuat oleh manusia didalam makmal dan menepati ciri-ciri permata asli yang ditiru -iaitu permata sintetik mestilah:
  • Mempunyai komposisi kimia yang sama dengan permata asli
  • Mempunyai system kristal yang sama dengan permata asli
  • Mempunyai sifat fizikal/optikal yang sama dengan permata asli
    Note: Istilah ‘sintetik’ hanya terpakai bagi membuat permata “inorganic” (seperti delima, garnet, spinel dll) sahaja kerana untuk membuat permata “organic” (seperti amber, coal, jet, mutiara, coral) yang tumbesarannya secara biologi adalah mustahil.


Permata Imitation (Penyamaran): Ialah mana-mana permata yang penampilan luarannya adalah sama dengan yang asli - tidak kira ianya permata asli (seperti zircon sebagai diamond) atau sintetik (seperti sintetik spinel sebagai sapphire) atau produk artifisal (seperti YAG sebagai diamond). Imitation sama dengan simulant.


Permata Simulant (Penyerupaan): Ialah permata yang rupa atau penampilan luarannya adalah sama dengan permata asli yang hendak disamarkan. Biasanya, permata berwarna yang lebih murah digunakan untuk menyamar (imitate) permata asli yang lebih mahal. Permata simulant samada terdiri daripada permata asli atau permata sintetik. Contohnya:

  • Blue tourmaline untuk menyamar blue sapphire
  • Green sintetik spinel untuk menyamar green tourmaline
  • CZ untuk menyamar diamond
  • Sintetik corundum untuk menyamar diamond
  • YAG untuk menyamar diamond
  • GGG untuk menyamar diamond
  • Sintetik moissanite untuk menyamar diamond
  • Colored glass (dikenali sebagai ‘paste’) untuk menyamar permata-permata lain
    Note: Komposisi kimia, konstan (seperti SG) dll diantara permata simulant dan permata asli adalah sangat berbeza, menyebabkan pengenalpastiannya adalah mudah secara relatif.

Batu/Produk Artifisal: Ialah permata yang dibuat dibuat oleh manusia didalam makmal tetapi permata yang dibuat ini tidak ada pasangannya yang asli/semulajadi dalam perut bumi. Contoh produk Artifisal ialah Cubic Zirconia (CZ) dan Yttrium Aluminum Garnet (YAG) . Batu/Produk Artificial yang ada yang pasangannya yang asli/semulajadi dalam perut bumi dikenali sebagai “Permata Sintetik” dengan syarat sebagaimana diatas tadi.

[BERSAMBUNG]

No comments:

Post a Comment