Pages

Saturday, October 31, 2009

Menilai Yaqut (Batu Delima & Nilam)

Batu Cukup Kkakah”:
Air kaca, warna merah molek, ada gewan, ada star, batu besar, potongan penuh, batu pejal molek, batu tua molek..

Secara ringkas, susur galur ilmu menilai batu permata orang Kelantan diperolehi daripada orang Patani, manakala orang Patani mendapatnya daripada orang Siam (Bangkok, Chanburi dsbnya) yang mana sumber batu delima diperolehi dari Burma. Ilmu berkaitan batu permata terdapat dalam karya ulama Patani. Dalam jalur tersebut, mengikut tempat masing-masing, ilmu ini berkembang sesuai dengan keadaan budaya tempatan masing-masing bersekali dengan istilahnya. Daripada Kelantan, ilmu ini berkembang ke tempat-tempat lain, termasuk sekali dengan ilmu pembuatan emas/perak.

Batu permata adalah objek yang hendak dinilai, antara sifat-sifatnya yang dinilai disimpulkan sebagai berikut:
  • “Air” (soalan: Ada air atau tidak? Air molek atau tidak?..)
  • Warna (soalan: Tua atau mudo? Pertengahan atau macam mana? Comel atau dok?..)
  • Gewe/Gewan (soalan: Ado gewan atau tidak? Gewan penuh/sekata ko dok? Terang atau tidak?..)
  • Star/bintang (soalan: Ado star ko dok? Star sempurna atau tidak?..)
  • Saiz batu (soalan: Besar atau kecik?...)
  • Potongan (soalan: Penuh atau tidak? Sempurna atau tidak?...)
  • Kepejalan Batu: Batu pejal molek atau tidak?.. (berkait dengan struktur daging batu)
  • Ketuaan Batu: Batu tua molek ko dok?...(berkait dengan rupa dan warna)

Sekiranya cukup sekurang-kurangnya 7-8 perkara diatas pada batu tersebut, maka batu tersebut dipanggil “Batu Cukup Perkakas”. Atas setiap satu perkara/sifat yang dinilai tersebut mempunyai lebih daripada satu pendapat/pandangan. Keindahan seni batu permata adalah suatu yang tidak sama dan menetap, namun sepakat. Sebentuk cincin bertatah sebiji batu permata , kalau pergi kemana-mana sekalipun disapa orang sebagai “cantik, memikat..” maka boleh dikatakan sepakatlah batu tersebut diterima ramai sebagai cantik!

Wallahu’alam

[note: sebagai bandingan dengan menilai batu permata berwarna menggunakan 4C ....BERSAMBUNG]

No comments:

Post a Comment