Pages

Saturday, November 7, 2009

"Kesan Berwarna Kekuningan Pada Rekahan/Kerakaan Batu Zamrud"

IMPREGNASI BAGI BATU ZAMRUD


Bagi zamrud, keretakan/kerakaan padanya akan diisi oleh minyak oleh tindakan kapilari dan rawatan ini dilakukan dalam keadaan vacuum. Rawatan yang sama juga dilakukan keatas batu delima dan nilam. Pertama sekali, keretakan dan kerakaan pada batu zamrud akan dicuci dengan teliti terlebih dahulu dengan merendamnya dalam hydrochloric acid, dalam keadaan vacuum. Kemudian batu zamrud tadi dicuci dalam ultrasonic cleaner (tetapi penggunaan ultrasonic cleaner tidak digalakkan sebagai satu praktik kebiasaan kerana ia boleh merosakkan lagi batu zamrud yang telah ada retak/raka padanya), dan kemudian direndam dalam satu bekas yang mengandungi cedar oil. Cedar oil ialah ektrak minyak pokok cedar (cedarwood) dan mempunyai RI yang hampir dengan RI zamrud, 1.57. Cedar oil akan dipanaskan untuk menurunkan kelikatannya dan bekas tersebut kemudiannya ditempatkan dalam vacuum chamber untuk menyedutkeluar udara yang ada dalam keretakan/kerakaan pada batu zamrud, dan untuk mengisimasuk cedar oil kedalam keretakan dan kerakaan tersebut. Untuk rawatan lanjut, zamrud tersebut akan dipanaskan selama beberapa jam pada suhu tertentu untuk “mengunci” cedar oil supaya tetap berada didalam batu. Proses rawatan ini dinamakan impregnasi. Beberapa teknik komersil lain juga digunakan untuk impregnasi batu zamrud.


***

****



Kesan: Lama-kelamaan, bahagian yang retak berisi minyak tadi akan menjadi kekuningan. Orang-orang lama batu permata menyebutnya sebagai “kesan dimasuki minyak”. Majoriti batu zamrud dipertingkatrupa dengan ‘cedar oil’ dan rawatan menggunakan ‘minyak’ ini diketahui dan diterimapakai majoriti seantero dunia sebagai suatu praktik kebiasaan tanpa perlu dinyatakan dalam urusan jual-beli permata jenis ini.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment