Pages

Sunday, November 29, 2009

[Kod: ZT62] Zamrud Colombia; 9cts....PAMERAN



(Terdapat satu retak semulajadi yang besar; menyebabkan adanya 2 kawasan kecerahan
berbeza pada batu. Ini kerana cahaya telah 'terganggu' apabila merentasi kawasan
retak semulajadi tadi. Disebabkan itu juga, secara umumnya untuk semua jenis batu
"batu retak (besar) jatuh harga..." walaupun darisegi lain khususnya warna
sudah dikira super A. Retak2 halus tidak mengapa @diterima, kerana untuk mencari sebiji batu zamrud yang betul2 sempurna tiada retak halus @agak halus sangat payah (jarang) dan harganya pula melambung berkali ganda)
(Boleh lihat keretakan semulajadi yang dimaksudkan dari sudut lain)
(Kesan lain keretakan: Seolah-olah terdapat satu selaput
kekuningan pada kawasan tengah batu jika dipandang dari sisi ini)
(close-up urat batu;
ditebeng pada sumber cahaya matahari)


(Pandangan sisi batu)
(Bandingan saiz)
(Keretakan semulajadi pada batu
&
'kesan keretakan' apabila disinari cahaya matahari)
(Gambar dari sudut lain;
'kesan keretakan' tidak begitu jelas @mengganggu kecantikan luaran
dan dalaman batu untuk pandangan dari sisi ini)

  • Warna: "Tua @sangat tua"
  • Kualiti: "Air kaca -kelas 3"; ada satu retak semulajadi yang besar; namun begitu saiz batu agak besar untuk kepuasan berada dijari....!!!
  • Retak yang ada bukan bermakna batu terlalu mudah sangat untuk terbelah dua, kerana kebanyakkan batu kalau dia hendak terbelah dua dia akan terbelah semasa proses canai lagi. Cuma keretakan yang 'agak besar' boleh mengganggu keindahan khususnya keindahan dalaman batu. Namun darisegi lain, fenomena yang terhasil 'kesan' daripada keretakan tadi (iaitu pantulan2 cahaya didalam batu) bagi sesetengah orang dipandang sebagai satu keunikkan, keindahan pula pada sisi mereka. Masing2 mempunyai penilaian masing2.
  • Istilah "jardin" atau 'kebun' yang dikaitkan dengan keindahan dalaman batu zamrud sebenarnya terdiri daripada rantaian keretakan halus didalam batu.
  • Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment