Pages

Thursday, January 14, 2010

Pelbagai 'C': Cut

Cut: Potongan batu permata. Prinsip potongcanai (cutting) batu di Barat ialah “Batu yang transparen akan di-facet/cutting, manakala batu yang lebih legap/berdaging akan dipotong bentuk cabochon”. Namun tidak semua batu sesuai atau boleh di-facet. Hanya batu yang keras sahaja boleh di-facet seperti dari jenis corundum atau quartz. Batu yang ‘lembut’ tidak dapat menghasilkan bucu-bucu yang dikehendaki. Disebabkan itu, dikatakan “batu facet/cutting adalah batu yang keras”. Potongan bentuk cabochon lebih mudah daripada faceting.

Kesempurnaan potongan pada batu memberi kesan kepada kualiti penampilan batu sebelum dan selepas diikat. Katakan terdapat 2 biji batu yang sama kualiti, sebiji dipotongcanai dengan sempurna dan sebiji lagi dipotongcanai dengan kurang sempurna, maka batu yang dipotongcanai dengan sempurna itu akan tertampil dengan lebih indah.

Teknik potongan juga menatijahkan penampilan batu yang berbeza. Terdapat teknik tertentu untuk menghasilkan “air ggolek” (lihat nota 1 dibawah) pada batu yang telus.

Potongan faceting akan menyerlahkan luster, fire dan brilliance batu permata tersebut. Sekurang-kurangnya terdapat 46 jenis bentuk faceting tidak termasuk jenis cabochon. Apa yang penting untuk dinilai ialah tentang “kesempurnaan” potongan tadi sekurang-kurang darisegi 2 perkara berikut iaitu (1) Kesimetrian (2) kesempurnaan bucu-cucunya. Ini kerana “kesempurnaan” potongan pada batu memberi kesan kepada kualiti penampilan batu.

Potongan cabochon menyerlahkan brilliance dan luster. Amat jarang batu yang telus yang dipotong cabochon mempunyai fire. Hanya potongan cabochon sahaja yang dapat mempamerkan star seperti pada batu Delima, Sapphire, Rose Quartz, Phenakite dll.
*
**
FIRE, BRILLIANCE & LUSTER:
  • Fire ialah kilauan multiwarna (warna pelangi) pada dalaman batu permata. Fire disebabkan oleh pemecahan spektrum "cahaya putih" kepada spektral warna pelangi. Cahaya putih (visible light) terdiri daripada 7 spektral warna pelangi secara mudah. Fire hanya ‘mungkin’ wujud pada batu transparen. Jarang-jarang sahaja batu transparen mempunyai fire. Semua batu berdaging/legap (opaque) secara automatik tidak mempunyai fire!
  • Manakala brilliance ialah pantulan "cahaya putih" pada dalaman batu permata. Dalam istilah biasa disebut sebagai “cerah didalam batu..” iaitulah merupakan definisi “air” oleh orang-orang lama. Yang paling dikehendaki untuk semua batu permata transparen ialah “batu cerah didalam dan cahayanya seakan memancar keluar..,cahaya dalam batu melawan cahaya diluar batu…,cahaya dalam batu lebih terang/cerah daripada cahaya disekelilingnya..” kerana ianya suatu ‘keindahan’ yang dicari-cari tetapi jarang. Yang kurang dikehendaki kerana dikatakan kurang sedikit ‘keindahannya’ ialah “…air nampak memendap kedalam batu (tidak memancar keluar cahayanya)” atau dengan perkataan lain “batu nampak gelap atau malap..” seperti ‘Delima Afrika yang dipertingkatrupa dengan rawatan glass filling yangItalic mengalami pemanasan’. Hanya batu transparen sahaja ‘berkemungkinan’ mempunyai brilliance. Tahap brilliance berbeza-beza antara satu batu dengan batu yang lain. Semua batu berdaging/legap (opaque) secara automatik tidak mempunyai brilliance!
  • Luster (kkilat pada permukaan batu) ialah pantulan cahaya pada permukaan luar batu permata. Kekerasan batu yang berbeza akan menampilkItalican luster yang berbeza walaupun digilap dengan standard yang sama. Batu yang lebih keras akan menghasilkan luster yang lebih tinggi. Tingkatan luster yang paling tinggi dikenali sebagai Adamantine iaitulah kepunyaan Berlian. Majoriti batu permata mempunyai tahap luster yang dikenali sebagai Vitreous (seperti tourmaline, delima, nilam dll termasuk kaca). Namun sesetengah corundum (Delima, Nilam) jika digilap dengan baik, luster yang ditunjukkan kadang-kadang dapat mencecah tahap Adamantine. Lain-lain luster ialah berminyak/greasy, metallic (seperti emas), mutiara/pearly, sutera/silky dan lilin/waxy (seperti firuz). Keseluruhan batu permata jika digilapkan akan nampak berkilat. Batu yang tidak mempunyai luster dipanggil dull. Sebagai renungan perkaitan antara kekerasan batu dan luster: lebih keras sesuatu batu itu maka lebih susah untuk menggilapnya, namun natijah keberkilatannya lebih memukaukan pandangan, dan lebih tahan lama keberkilatannya itu.

Fire dan brilliance disebut juga sebagai “gewan dalam” dan hanya ada pada batu transparen sahaja. Fire lebih jarang didapati berbanding brilliance. Secara mudah "gewan dalam" ialah "mana-mana mainan cahaya didalam batu.." termasuk fenomena "api-api" yang berlegar-legar didalam batu apabila dipusing-pusingkan batu tersebut. "Gewan dalam" ini juga dimaksudkan dengan "air". Maka, batu yang telus mempunyai pelbagai kelebihan atas batu berdaging dalam hal ‘keindahan’. Secara umumnya, batu yang telus lebih jarang berbanding batu yang berdaging, dan bagi semua jenis batu, batu yang telus lebih mahal berbanding batu berdaging. Lain bentuk potongan lain kosnya dan berbeza pula keindahan yang diserlahkan. Pukulratanya, lebih sempurna dan lebih indah lebih berharga.

Nota 1: Sebagaimana diberitahu oleh En. Kamal dari Kemaman, Terengganu.
[BERSAMBUNG...]
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment