Pages

Monday, July 19, 2010

"Khasiat & Kelebihan: Bukan Kerja Kita"

Oleh kerana "khasiat atau kelebihan itu bukan kerja kita", maka hendak jamin tentu jadi tidak boleh dan hendak menafikan juga tidak boleh.
*
2 Asas Penting:
  • Segala makhluk (zahir atau ghaib) dan segala perbuatan makhluk itu tidak boleh memberi bekas. Maka segala batu/kayu/besi dsbnya dan pemakaiannya dalam bentuk cincin, tasbih, gelang, tongkat dsbnya tidak boleh memberi bekas sebagai penawar, pelindung, penyembuh dsbnya.
  • Segala khasiat dan kelebihan adalah daripada Allah swt. Tidak bergerak sesuatu zarah melainkan dengan izin Allah swt. Allah-lah yang menawar, melindung dan menyembuhkan segala sesuatu. Segala permohonan dan tawakkal hanya pada Allah swt. Dan segala pujian kesyukuran hanya untuk-Nya.

SEBAB & TAWAKKAL:

Makhluk dan perbuatan makhluk itu sebagai "asbab". "Asbab' ialah jamak/plural bagi 'sebab'. Terdapat 4 kategori umum tindakan manusia terhadap sebab-musabab iaitu:

  • Golongan yang mensia-siakan sebab.
  • Golongan yang bersandar kepada sebab dan melupakan kepada "Pembuat Sebab". Golongan ini hanya memandang kepada 'asbab' semata-mata.
  • Golongan yang mempertaruhkan sebab untuk melakukan kederhakaan.
  • Golongan yang yang memadukan (asimilasikan) antara sebab dan tawakkal. Golongan inilah yang selamat dan berjaya.

Hakikatnya usaha kita tidak boleh memberi bekas. Usaha sebagai 'asbab'. Kata seseorang kepada tuan_blog beberapa bulan lalu "Allah hendak tengok kita berusaha (atau kita melakukan usaha)..." berhasil atau tidak, berjaya atau tidak adalah dengan izin-Nya...atas kehendak-Nya.

Tambahan:

  • Kenyataan "Khasiat...bukan kerja kita" dipetik dari seorang sahabat karib sekitar setahun yang lalu.
  • "2 Asas Penting" diambil dari Ustaz Hassan Jeli.
  • Terima kasih atas beberapa individu lain.

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. tahniah ... post yang begitu bernilai ilmunya...

    ReplyDelete
  2. Antara petikan daripada beberapa sumber...jika ada tambahan dipersilakan....

    ReplyDelete