Pages

Tuesday, July 13, 2010

Selingan...Akar Bahar Hitam (Black Coral)..jenis conchiolin [KOLEKSI SENDIRI]



Rupanya seperti pokok di darat. Dikatakan "Segala jenis bentuk pokok (haiwan) didarat ada dilaut, namun segala jenis bentuk pokok (haiwan) dilaut tidak ada di darat...." kerana benda dilaut lebih banyak daripada benda didarat.
*
Disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam Asrar Khalqi Makhluq bab Rahsia Diciptakan Lautan "...Segala jenis haiwan, seperti manusia, burung, kuda, lembu dan sebagainya yang ada dimuka bumi ini, sama halnya dilaut ada yang menyerupainya. Bahkan lebih banyak. Selain itu masih banyak lagi jenis haiwan yang didaratan tidak ada, tetapi dilaut terdapat banyak sekali. Semua itu telah diatur oleh Allah Yang Maha Mencipta, yang sekaligus menciptakan apa sahaja yang diperlukannya....". [Penterjemah: Abu Fahati & Husnul Aqib; Penerbit: Cresent News (KL) Sdn Bhd]
*
Bau habuk pokok-pokok dari laut (conchiolin coral) apabila dipotong adalah sepesyen sahaja iaitu "nak hanyir, nak masin..." yang sukar untuk dinyatakan secara tepat. Antara khasiatnya, antipukau (terdapat kisahnya yang telah berlaku).
*
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment