Pages

Friday, August 20, 2010

Cerita...."Hikmat Besi Bak Tok Raja"

Seseorang pernah bercerita kepada tuan_blog, yang diambil daripada seorang sahabat beliau daripada kaum Tionghua. Ditulis semula oleh tuan_blog daripada kisah lisan tersebut:
*
**
Besi Bak ialah besi pantat batil/tempurung yang digunakan oleh Tok Raja makan nasi. Tok raja adalah panggilan bagi tokcha siam. Batil/tempurung tadi diperbuat daripada tembaga kuning. Pantatnya hanya lebih kurang sebesar duit siling 50sen sahaja, rupanya seakan-akan seperti pusaran pada tengah-tengah periuk. Hanya diambil hok bahagian pusaran/pantat ini sahaja. Batil/tempurung ini akan beredar antara ‘nde’ dan ‘tok raja’. ‘Nde’ ialah orang gaji/suruhan tok raja. Apabila batil/tempurung ni dah buruk dek lama sangat digunakan, ianya akan dibuang kedalam telaga buruk dalam ketik/wat atau dicampak dikawasan belakang ketik/wat.

Apabila ada manusia berhajat akan hikmat besi bak untuk tujuan sekian-sekian, maka tok raja akan ambik bahagian pantat sebesar duit 50sen tadi dan bawa pergi ‘sewok’ didalam ketik. ‘Sewok’ ialah gi ‘puja’ atau gi ‘hubungkait’ dengan power makhluk2 tertentu. Setelah siap di’sewok’ dalam tempoh yang lama/masak, barulah diberikan kepada manusia hok nak tadi dengan persetujuan sekian-sekian mengikut power yang dihubungkait/diletakkan.
*
**

‘Usaha’ tok raja dok dalam ketik ‘beramal dengan cara dia’ bukan alang-alang, ada sampai tidak keluar untuk berkahwin beranak dsbnya. Begitulah kesungguhan ‘usaha’ mereka berdamping dengan makhluk pujaan mereka. Allah SWT memberi (mengizinkan) apa yang dihajati/dipinta/diusaha oleh mereka atas kehendak-Nya. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment