Pages

Friday, August 20, 2010

"Khasiat: Khadam berkerja…"

Pada sisi lain (daripada perbicaraan yang ada dalam masyarakat):
*
Bab ini mempunyai pelbagai persepsi. Sesetengah orang suka dengan panggilan “khadam”, sesetengah yang lain “penjaga”, setengah yang lain “pengawal”, sesetengah yang lain "penunggu", dan ada menamakan dengan sinis “ggawa”. Mursyid meringkaskan semua ini sebagai “pelapik”.
*
Dikatakan setiap batu permata ada “pelapik”nya. Ianya terbahagi kepada dua:
  • “pelapik” asal.
  • “pelapik” yang baru diletak.
Bagi semua batu mulia (zamrud, delima merah, akik Yaman dsbnya), tugas “pelapik” asal (yang baik) adalah “bekerja menolong kearah kebaikan tanpa bersyarat..”. Hal gerakerja “pelapik” bukan kerja kita dan tidak perlu difikir panjang oleh kita. Mereka pun tidak memberitahu kita.
*
Bagi “pelapik” yang baru diletak, ia bergantung kepada siapa yang “meletaknya”. “Meletak” atau disebut juga ‘wajah’, ‘wafak’, ‘mmasuk’, ‘tambah isi’, ‘isitambah’, ‘mendoakan’, ‘sewok’, ‘menghubungkait’ dsbnya.
*
Jika “pelapik” itu minta dibuat oleh orang alim, seringkali disebut “ambil berkat” dan diisi/dihubungkait dengan power (malaikat) ayat Quran dan doa-doa yang menjadi amalannya. Jika “pelapik” tersebut dibuat oleh “tok Cha” atau “tok Raja”, mereka akan ‘sewok’ di Wat/Ketik mereka dengan power Dewa, Dewi, roh-roh makhluk (manusia dan binatang) dll yang dipuja oleh mereka.
*
Kekuatan atau kelebihan yang ditentukan oleh Allah swt kepada setiap makhluknya berbeza. Sebagai contoh dan renungan:
  • Malaikat mempunyai kemampuan dan batas tersendiri mengatasi jin dan manusia.
  • Jin pula mempunyai kemampuan dan batas yang berbeza dengan para malaikat dan manusia.
  • Manakala manusia yang mempunyai pelbagai tingkatan ilmu, iman dan amal pula mempunyai kemampuan dan batas yang berbeza dengan para malaikat dan jin.
  • Golongan dewa mempunyai kemampuan dan batas yang tersendiri berbanding makhluk lain.
  • Benda basah dan kering lain juga mempunyai kemampuan dan batas yang tersendiri seperti besi mempunyai kekuatan yang menakjubkan tetapi boleh dicairkan oleh api tahap suhu tertentu.
Tambahan:
Seseorang pernah ditanya oleh tuan_blog “Apa pendapat tuan jika dikaitkan khasiat dengan khadam berkerja?” Jawab beliau, “Jika dikatakan begitu…takut-takut ‘tidak sampai kepada Allah’ (tidak nampak/ingat kepada Allah)…ditakuti akan nampak khadam ini yang berkerja dan yang member bekas…”
*
Kembali kepada “2 Asas Penting”: Selagi makhluk (“pelapik”) yang membuat kerja, maka segala kerja/perbuatan makhluk (pelapik) itu dikira usaha jua dan tidak boleh member bekas, ianya sebagai ‘sebab’ sahaja. Hakikat memberi bekas (kenyang, sembuh, mencair dsbnya) atau segala kelebihan itu dengan izin Allah swt.
*
Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment