Pages

Tuesday, August 3, 2010

TERAS GEMUNGGAR/KELOR: RONA SEUMPAMA URAT TANGAN MANUSIA vs RONA SEPERTI LUBANG BULU ROMA

Sedikit ringkasan latarbelakang sumber maklumat yang digunakan oleh tuan_blog untuk artikel http://zamrudtech.blogspot.com/2009/01/teras-gemunggargemunggalramunggarramung.html:
  • Nama 'gemunggar = kelor' seperti diberitahu oleh teman dari tanah Jawa (Malang). Begitu juga nama 'Gheli Maronggi' diambil daripada beliau yang diambil daripada sahabat beliau seorang santri dari Madura. Dengan beliau ada sample "seperti urat tangan manusia".
  • Ungkapan "seperti urat tangan manusia" diambil daripada ungkapan seorang tua dalam 70-an yang semasa mudanya pernah memakai 'teras gemunggar' dengan rona/urat "seperti urat tangan manusia".
  • Kesimpulan 1: Ungkapan "seperti urat tangan manusia" adalah tepat untuk memerihalkan rona Teras Gemunggar yang tumbuh dipersekitaran kawasan kampung. Tuan_blog telah melihat 7 sample teras pokok gemunggal berteras yang tumbuh dikawasan kampung yang berlainan pokok. Kesemua mempunyai rona yang sama dan sesuai dengan ungkapan diatas.
  • Kesimpulan 2: Ungkapan "seperti lubang bulu roma" adalah tepat untuk memerihalkan rona Teras Gemunggal yang tumbuh dipersekitaran kawasan pulau-pulau. Setakat sample yang dijumpai, hanya terpakai untuk teras gemunggar pulau sahaja pada sisi tuan blog. Dan pada pemerhatian tuan blog, teras pada bahagian umbi teras gemunggar pulau sesuai dipakai dengan ungkapan "seperti urat tangan manusia" dengan warna yang berbeza.

Tambahan:

  1. Teras Gemunggar Kampung yang ditebang di Banggol, Tanah Merah, Kelantan. Penebangnya bekerja sebagai penutuh/penebang pokok secara sambilan dikawasan sekitar Tanah Merah. Sebelum menebang lagi beliau sudah 'kenal, sedar & tahu' bahawa pokok yang diminta tebang oleh tuan_pokok (rumah/tanah) adalah pokok gemunggal. Manakala tuan_pokok/rumah/tanah juga mengetahui bahwa pokok yang beliau minta tebang tersebut adalah pokok gemunggal sebagaimana umumnya dikenali oleh orang kampung. Bertentangan dengan pokok ini, adalah rumah milik anak tuan_pokok/rumah/tanah, dan beliau juga 'kenal, sedar & tahu' bahawa pokok tersebut adalah pokok gemunggal. Dan bahawa pokok ini adalah pokok gemunggal juga 'dikenali, disedari & diketahui' oleh orang kampung sekitarnya. Maka, pada sisi tuan_blog, urat/rona teras gemunggar kampung seperti ungkapan "seperti urat tangan manusia" adalah benar, dan saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya bahawa teras gemunggar yang dipaparkan oleh saya adalah 'asli' bahawa ianya diambil dari dalam batang pokok gemunggar sebagaimana dikenali oleh orang-orang kampung dan masayarakat akan jenis pokoknya. Muktamad pada sisi tuan_blog. Penebang pokok ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya (dunia & akhirat) bahawa pokok ini adalah 'asli' pokok gemunggar, bukan pokok lain. Kesemua sample lain yang tuan_blog lihat adalah sama, antaranya daripada sahabat tuan_blog dari Malang, Jawa Timur diatas, 1 pokok dari Binjai, Kota Bharu (bertemu dengan penebangnya sendiri), 1 pokok dari Kangkong (sebagaimana yang ada pada pemiliknya), 1 pokok dari pinggir Kota Bharu, 1 pokok dari Kg Pulai Pasir Mas, 2 pokok dari Pengkalan Chepa, dan yang terbaru 1 sample dari Jeli. Kesemuanya, darisegi rona/pattern urat adalah "sama/sepesyen", namun darisegi warna adalah berbeza.
  2. Dan pada sisi saya Teras Gemunggal Pulau Redang adalah muktamad 'asli' dan ianya sesuai diungkapkan "seperti lubang bulu roma". Dan pada tuan_bloh lebih 90% ianya tidak sama dengan teras gemunggar kampung. Maka rupanya tidak boleh dibandingkan dengan teras gemunggar kampaung. Pasukan penebang pokok ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya (dunia & akhirat) bahawa pokok mereka tebang adalah 'asli' pokok gemunggar, bukan pokok lain.
  3. Maklumat daripada pelbagai sumber. Antaranya para penebang dan pemilik teras gemunggar. Ada dari kalangan mereka yang mempunyai kedua-dua jenis serentak teras gemunggar Kampung dan Pulau.
  4. Sebagai perbandingan: Dalam hal 'colored gems' atau 'colorless diamond', terdapat batu-batu yang hampir sama dengan mereka dan disenaraikan sebagai 'possibilities for confusion'. Begitu juga dalam hal rona/urat teras kayu-kayan.

Wallahu a'lam.

6 comments:

  1. Pada pendapat saya, yang seperti rona bintik liang bulu roma itu akan dilihat apabila teras dipotong uratnya menegak/bagian atas. Mungkin sy silap..

    ReplyDelete
  2. Mengikut pemerhatian saya:

    [1] Kalau gemunggal kg..rupa seperti rona 'liang' bulu roma (tapi agak kasar, dan besar kawasan keputihan disekeliling liang tadi) namun ianya tidak berliang/berlubang. Kita akan nampak ia mcm bercecuruk putih, kasar....ttpi tidak berlubang.

    [2] Nbagi Gemunggal pulau pula...kalau dipotong rentas supaya menegak uratnya keatas...kita akan dapati ciri yang dimaksudkan seperti 'liang' bulu roma tadi...dan ianya memang berliang/berlubang, tetapi tiada kawasan putih disekeliling liang tadi.

    Umumnya, orang akan kenal teras gemunggal yg jnis kg (urat tangan manusia) drp yg pulau (liang bulu roma)...sudah banyak kes berlaku, ramai yg menolak/tidak mempercayai yg jenis pulau, tambahan darisegi rupa nampak lekeh shj, berbanding yg kg uratnya yg lebih menyerlah. Namun kedua2nya adalah asli (para penebang mengambil tanggungjawab dunia akhirat). Maka ada pihak yg mengecam jns yg kg utk menggangkat yg pulau. Tambahan pula tiba-tiba teras gemunggal yg selama ini dianggap dan mmg payah dijumpai didapati betebaran ada dlm pasaran terutama yg jns kg...lagilah rasa tidak pecaya, terutama yg banyak itu adalah jns kampung. Namun tidak dinafikan teras yg bukan asli pokok gemunggal juga ada dijual atas nama teras gemunggal. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam saudara azan,,nak tanya ni,,teras kelo yang dah tua akan jadi hitam terus ka??kalau dibuat mata cincin memang pemukaannya licin ke??kat saya ada 1...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam keatas tuan kembali.

    Tentang soalan dibawah dari perspektif saya:

    [1]teras kelo yang dah tua akan jadi hitam terus ka??
    Mengikut pengalaman orang tua-tua yg saya jumpai, teras kelor ada 3 warna. Per1 warna hitam/gelap, ke2 merah, ke3 kuning. Dan jika yg paling lama/tua dia lebih nampak 'gelap/tua'..umumnya kalau yg kuning berusia muda. jika ia digunakan/dipakai kalau yg dah agak hitam lagi akan bertambah gelap, kalau yg merah dia lg nampak gelap.., jika yg kuning juga berubah menjadi semakin gelap. Kalau slps ditebang, lama kelamaan menjadi smkin gelap iaitu bgi yg masih basah dan terdedah kpd udara/petrsekitaran..kalau teras yg sudah 'kering' daripada pemerhatian dia tidk berubah mnjadi smkn gelap (atau perubahannya terlalu sedikit sgt). Umumnya yg daging/teras warna hitam dri jnsi bukit (akar yg jnis kg yg sudah lama tertanam dlm tanah juga agak gelap), yang kemerahan (merah gelap dr jns bukit, merah cearh dri jnis pulau dn yg terbaru ditemui ada dri jns kg awa merah), yg kuning/koko setakat dijumpai dri jns kg.

    [2]kalau dibuat mata cincin memang pemukaannya licin ke??
    Licin atau tidak antaranya berdasarkan bahagian, jenis dan angle mana yg dicanai...

    1. Kepadatan urat/daging teras..pokok yg tlh kering/lama biasa tidak padat, berbanding yg baru. Semakin padat maka semakin cantik permukaan yg digilap dgn kertas pasir pling halus.

    2. Teknik gilap..smkin halus kertas pasir digunakan maka semakin halus/licin permukaan dihasilkan, dan semakin elok pantulan cahaya pada permukaannya. Tekanan semasa mengilap juga penting utk menutup liang/lubang pada permukaan..keberkilatan permukaan bergantung kpd roughness (kasar atau halus) finishing yg dibuat. Roughness bukan tutup liang/lubang semata2.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete