Pages

Saturday, April 16, 2011

Kisah...“Geliga Air –Sungai Kelantan”

Ia diperolehi sekitar setahun lebih dahulu di tempat menyedut pasir ditebing sungai Kelantan (di Kelar, Pasir Mas). Pada asalnya, semasa ia diperolehi ia adalah ‘lembik’ dan berwarna putih seperti kapur. Sekitar semingu kemudian, ia mengeras menjadi ‘batu’, dan setelah sekitar setahun lebih kemudian warnanya telah berubah menjadi ‘kekuningan’ seperti yang ada didalam gambar.

KISAH Pada masa itu, mesin penyedut pasir tersebut telah tersumbat; pasir tidak dapat disedut. Jadi salur-salur penyedutnya telah di‘overhaul’, dan segala bagai benda yang menyumbatnya dibersihkan.

Dalam banyak-banyak benda tersumbat tersebut, terdapat seketul batu yang ‘lembik’. Apabila ditekan ia boleh berubah bentuk.

Salah seorang pekerja tempat menyedut pasir ini telah ‘menyepak’ batu lembik ini, lalu bergolek-gelong ke umbi sebatang pohon kayu.

Setelah mesin siap di ‘overhaul’, ia beroperasi semula seperti sediakala.

Dalam seminggu kemudian, perkerja tadi melewati ‘batu lembik’ yang terguling di umbi pokok tadi, dan dia menyebak sekali lagi, namun kali ini ia bukan lagi menyebak ‘batu lembik’ tetapi memang batu keras!

Oeh kerana kepelikannya, lalu batu tersebut dibawa kepada pihak yang bersangkut paut dengan batu permata. Disana ianya telah dibelah-belah dan dicanai dibuat permata kepada sesiapa yang berhajat. Hari demi hari, warnanya telah berubah daripada warna asal putih kapur kepada warna kekuningan (seperti dalam gambar).

PENGALAMAN PEMAKAINYA Hampir semua pemakainya memberi reaksi yang positif dan mengakui batu ini mempunyai kelebihan yang dijadikan oleh Allah bersama kejadiannya. Kelebihan tersebut mirip seperti kelebihan mani gajah. Daripada ramai-ramai pemakainya, sekurang-kurang ada 3 nama diberikan akan batu ini. Antaranya:

1. “Geliga Air”

2. “Mani gajah hanyut jadi batu" [lantaran khasiatnya seperti mani gajah].

3. “Geliga air” yang mana kejadiannya telah bercampur dengan mani gajah.

CAHAYA & WARNANYA Cahayanya adalah kuning. InsyaAllah warnanya berubah lagi, dan mengikut apa yang telah berlaku, warnanya ada yang berubah menjadi kuning terang dan ada yang berubah menjadi kuning gelap.

Khasiatnya insyaAllah taala.

*

*

[Nota: jalan cerita secara kasar diatas ditulis semula oleh tuan_blog bersumber daripada penyimpan batu ini yang mana sebahagian maklumat asalnya bersumber daripada penemu/penyampai batu ini kepadanya. Allahu a’lam]

No comments:

Post a Comment