Pages

Wednesday, December 28, 2011

Nama-Nama Panggilan Tempatan Berkaitan Zamrud/Jamrud & Nama Moden

Antaranya:

a. Zamrud Rusia: ialah batu zamrud asli (emerald atau pale green beryl) dari Rusia iaitu biasanya bersifat muda. Inilah batu yang dirujuk dengan nama 'Zamrud Rusia' sejak dari tahun 60an di Kelantan.

b. Zamrud Lilin: ialah nama panggilan atau nama yang diberikan kepada batu Jade.

c. Zamrud Minyak: Ialah nama panggilan atau nama yang diberikan kepada batu Green Fluorite.

Pada asasnya, mengikut kaedah lama, mana-mana batu hijau yang menghampiri sifat 'zamrud asal' akan dipanggil 'zamrud', kemudian di tambah nama-nama tertentu pada setiap jenis batu bagi membezakan sifat-sifat yang ada dikalangan mereka. Begitu halnya juga bagi batu Firuz dan lain-lain.

Kaedah menetapkan nama batu, merujuk kepada nama batu yang telah masyhur, seperti "batu berwarna merah ialah delima..." juga digunapakai di Eropah pada zaman dahulu. Ini menyebabkan batu yang sebenarnya berlainan akan dipanggil nama yang sama disebabkan oleh warnanya yang sama.

"Also, in antiquity, totally different stones were given the same name simply because they may have had the same color" Walter Schumann; Gemstones of The World

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment