Pages

Monday, January 23, 2012

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG PROSES PEMBENTUKKAN PERMATA INORGANIC

Permata ada 2 system, iaitu:
1. Inorganic: Pembentukkannya daripada proses geologi dan proses kimia
2. Organic: Pembentukkannya daripada proses biologi.

Pembentukkan antara kedua-dua system adalah dengan cara yang sangat berbeza.

BAGAIMANA PERMATA INORGANIC TERBENTUK?
Persoalan ini boleh cuba dijawab melalui kombinasi 3 perkara berikut, iaitu:
1. Permerhatian terhadap alam semulajadi.
2. Penghasilan permata dalam makmal.
3. Meniru atau membuat semula proses semulajadi yang ada dalam perut bumi melalui proses saintifik. 

Majoriti terbesar variasi permata adalah terdiri daripada permata Inorganic.

PERMATA INORGANIC DIHASILKAN OLEH APA & BAGAIMANA?
Ianya dihasilkan oleh:
1. Kimia fizikal, iaitu melalui
2. Proses geologi, dan..
3. Tekanan yang amat tinggi dalam perut bumi.

Apa yang dimaksudkan dengan 'kimia fizikal'?
Apa yang dimaksudkan dengan 'proses geologi'?

Akhirnya terbentuklah permata Inorganic, yang mempunyai bentuk luaran yang tersendiri.

APAKAH FAKTOR YANG MEMBERI BENTUK LUARANNYA?
Bentuk luaran asal permata Inorganic adalah natijah daripada:
1. Susunan dalaman atom-atom.
2. Komposisi kimia.
3. dan lain-lain faktor kimia fizikal.

NOTA: Para pengkaji dapat memerhati pembentukkan permata yang dihasilkan dalam makmal yang mengambil masa beberapa hari, minggu atau bulan. Tetapi mereka tidak dapat membuat pemerhatian terhadap pembentukkan permata semulajadi dalam perut bumi. KENAPA?

Kerana:
1. Pembentukkannya mengambil masa dalam tempoh yang sangat lama.
2. Biasanya ia terbentuk dibawah suhu dan tekanan yang sangat besar.
3. Tambahan pula, proses pembentukkannya berlaku jauh di dasar bumi.

APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN PERMATA INORGANIC?
Permata Inorganic asalnya terbentuk daripada 'sumber cairan', dan pembentukkannya dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu:
1. Suhu
2. Tekanan
3. Kandungan kimianya

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment