Pages

Wednesday, January 11, 2012

Sedikit Petikan Perbahasan Tentang Barang Kebal Umum

Pendahuluan:
Terdapat pelbagai persepsi tentang istilah kebal. Ada yang terus marah…besikap terlalu anti apabila disebut sahaja perkataan kebal.  Setengah yang lain, akan mendengar dahulu, kemudian kaji semula.

Antara intipati perbahasan yang sempat dipetik:

1.       Definisi yang masyhur “barang kebal umum” ialah “apa-apa sahaja barang yang kebal kepada sesiapa sahaja yang menanggungnya…”.
2.       Definisi diatas boleh diperjelaskan lagi dan difahami “apa-apa sahaja barang samada batu/kayu/logam/tanduk yang apabila ditanggung/dipakai oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama, maka orang tersebut mesti akan menjadi kebal pada sebarang tempat dan masa” kerana itu dinamakan kebal umum iaitu kebal kepada sesiapa sahaja.
3.       Bahas sebahagian yang lain, “barang kebal umum” (iaitu sebagaimana difahami diatas) adalah tidak wujud. Banyak bahasan sekitar perkataan “mesti” dalam pemahaman definisi diatas.
4.       Bahas sebahagian mereka: Apabila dikatakan mesti/wajib kebal kepada sesiapa yang menanggungnya pada sebarang tempat dan masa, maka persolannya ialah “bagaimana orang yang mengatakan begitu boleh tahu dan jamin mesti jadi begitu? Kebal atau tidak adalah hak Allah, dan berlaku dengan kehendak serta dengan izinNya. Bagaimana orang yang mengatakan begitu tahu akan kehendak Allah pada sesuatu yang belum terjadi atau pada masa hadapan? Maka faham ia kebal umum kepada sesiapa sahaja semua orang….adalah tertolak.
5.       Bahas sebahagian yang lain pula, “barang kebal umum” (iaitu sebagaimana difahami definisi diatas) wujud atau tidaknya barang sebegitu adalah “kita tidak tahu”.
6.       Bahasan mereka ialah: Katakan sesuatu barang itu telah 40x berlaku kebal kepada pemakai yang berlainan…adakah kita tahu orang yang ke41 itu mesti akan kebal dengan kehendak dan izin Allah?  Jawapannya ialah kita tidak tahu. Sebaliknya, telah 40x dipakai oleh orang berlainan dan semuanya tidak kebal, maka adakah kita tahu pemakai yang ke41 dan seterus seterusnya tidak akan kebal dengan kehendak dan izin Allah? Jawapannya kita tidak tahu.
7.       Kata setengah yang lain, “barang kebal umum” itu ialah “mana-mana  sahaja barang yang ditunjukkan tanpa sengaja atau dengan permintaan dapat ditunjukkan keindahannya atas maksud kebal dengan bilangan 1x kali sahaja sudah cukup untuk dikira kebal umum”. Kebiasaannya adalah rezeki atau kurnian kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan sehingga dikatakan oleh ramai orang “kalau jasa nak cari tak bertemu..”.
8.       Iaitu diterangkan lagi sifat-sifatnya: Ia tidak semestinya dapat diperlihatkan keindahannya sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja, kerana ia barang terpilih dan memilih mereka-mereka yang bersesuaian sahaja. Maksudnya ia umum atas sesetengah orang yang sesuai sahaja, dan bukan bersesuaian dengan semua manusia.
9.       Kata mereka yang arif, jika pernah ditunjukkan tanpa sengaja keindahan atas maksud kebal sesuatu batu/kayu/logam/tanduk dll…tetapi kemudian apabila sengaja hendak melihat keindahannya tidak menjadi pula, maka jangan sedih…simpanlah. Kata mereka lagi batu/kayu/logam dll ini ssah nak tunjuk khasiat hikmat kelebihannya…jika 1x tunjuk, xda nilai hendak harga, lebih baik simpan.  http://zamrudtech.blogspot.com/2009/01/keaslian-khasiat.html
10.   Maka kita simpulkan: barang kebal itu “harus” wujud dengan kehendak dan izin Allah, tetapi untuk mengatakan kewujudan atau menafikan barang yang mesti kebal kepada sesiapa sahaja dengan kehendak dan izin Allah adalah “KITA TIDAK TAHU”. Tidak bertemu bukan bermakna tiada. Sudah bertemu tidak boleh mengatakan mesti, kerana hakikatnya kita tidak tahu.
11.   Wallahu a’lam.

[Bersambung dengan izin Allah…]

No comments:

Post a Comment