Pages

Saturday, February 25, 2012

(Dari sms) Persoalan Harga Teras Gemunggar: Kalau Harga Tinggi Asli, Kalau Harga Rendah Tidak Asli

Ia sudah menjadi tanggapan sebegitu dan ia sudah menjadi panduan umum, namun hakikatnya ia tidak muktamad untuk mensahihkan ia asli atau tidak asli. Harga bukan indikasi muktamad atas keaslian.

Harga berdasarkan harga pemilik barang letak berapa.  Barang asli dan tidak asli, harganya boleh diletak tinggi atau rendah. Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor – terutamanya ilmu dan maklumat serta bekalan dan permintaan.

Al-kisah sebuah hikayat teras Gemunggar:

Kata si fulan disebuah bandar A “kalau teras gemunggar asli….takkan dijual RM30 sebiji……, saya tidak menjual teras gemunggar, cuma seikhlas hati meyampaikan guideline kepada peminat teras gemunggar takut tertipu”. Lalu disebuah bandar lain, berkata lagi si fulan ini “Nah, ini teras gemunggal asli saya punya sendiri mendapatnya…yang kayu ada yang jadi batu liang bulu roma pun ada…. harga tarak kurang 100 linggit sahaja sebiji”.

Sebagaimana dinyatakan diatas, hujah harga bukan hujah memuktamadkan sesuatu barang itu asli atau tidak. Ia bergantung kepada banyak faktor.

Contohnya, seorang orang kampong (tangan per1) mempunyai pokok gemunggar tua berdekatan dapur rumahnya, lalu hendak ditebang kerana hendak sambung buat dapur baru. Tatkala ditebang, rupa-rupanya pokok gemunggar tersebut berteras. Hebohlah kisahnya. Lalu ada peminat (tangan ke2) barang-barang teras kayu mendatangi untuk membeli teras tersebut. Kemudian daripada peminat (tangan ke2) teras tersebut, dijual/agihkan lagi kepada teman-sahabat  (tangan ke3) penjual teras kayu. Kemudian mungkin kepada baru akan dijual/diagihkan kepada masyrakat (tangan ke4/end user)…

Faktor harga terakhir….

bergantung kepada berapa harga tangan per1 kepada tangan ke2
bergantung kepada berapa harga tangan ke2 kepada tangan ke3
*Faktor berapa harga daripada tangan per1 bergantung kepada factor-faktor tersendiri

Katakan, tangan per1 tolak RM5k cash untuk keseluruhan 100kg, maka end user/tangan ke4 mendapat dengan harga RM30~50 sebiji masih reasonable termasuk canai.

Nota: Pada sisi tuan_blog, berdasarkan pesan daripada pemilik asal (penebang) dan perbincangan dengan orang tua-tua, harga teras gemunggar asli yang belum dicanai atau siap dicanai yang saiznya munasabah untuk membuat sebiji permata cincin ialah tidak kurang RM50 sebiji dengan nilaian zaman sekarang.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment